SJ-08-0092 : Re: Adakah dr Imam Syafi'i.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0092 : Re: Adakah dr Imam Syafi'i.

:salam ,

Membayar fidyah bermaksud membayar tebusan, adalah satu hukum yang berkaitan dengan banyak bab fiqh, ada fidyah yang berkaitan dengan puasa, ada yang berkaitan dengan haji dan yang berkaitan dengan peperangan. Jadi fidyah yang mana satu yang tuan maksudkan?

Kemudian jika dalam bab puasa, adakah fidyah yang berkaitan dengan orang yang ada keuzuran meninggalkan puasa atau yang tiada keuzuran, orang sakit, orang hamil, orang menyusu, haidh dll?

dlm bab puasa..ya Syeikh Izrail. ::D

SJ-08-0092 : Re: Adakah dr Imam Syafi'i.

Quote:
mengenai fidyah yg berganda2 kene byr adkh dr mazhab imam syafi'i..??
Apkah dalil yg digunakan Imam As-Syafi'i??

p/s ana sudah fhm mengenai fidyah cuma ingin kan dalil dr Mazhab Syafi'i..

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Ulama telah berbeza pendapat dalam masalah fidyah kepada orang yang meninggalkan qada' puasa Ramadhan tanpa uzur sehingga masuk Ramadhan yang lain; Imam Syafie berpendapat orang itu wajib qada' serta membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Dalilnya ialah athar daripada para sahabat r.a, antaranya Abu Hurairah, Ibn Abbas dan Ibn Umar yang mewajibkan qada' beserta fidyah.

Tetapi jika orang itu masih lagi tidak qada' puasanya sehingga masuk Ramadhan yang ketiga, keempat dan seterusnya; adakah perlu digandakan fidyah pada setiap tahun?

Ulama dalam Mazhab Syafie telah berbeza pendapat pada masalah ini, ada yang mengatakan perlu diganda dan ada yang kata tidak perlu ganda. Dan tiada nas yang jelas dari Imam Syafie.

Antara ulama Mazhab Syafie yang mengatakan perlu digandakan fidyah ialah Imam al-Haramain, Imam Syirazi dan Imam Nawawi. Hujah mereka ialah persamaan kes dengan dalil pertama yang mewajibkan qada' dengan tambahan fidyah.

Jika ditanya, kenapa kamu gandakan fidyah pada tahun ketiga? Dijawab: kenapa kamu tambah fidyah pada tahun kedua? Dijawab: kerana athar para sahabat r.a tadi. Disimpul: kerana apa para sahabat r.a tambah fidyah, kerana itulah kami gandakan fidyah.

Ada ulama Mazhab Syafie yang lain yang mengatakan tidak perlu ganda fidyah, antaranya Imam al-Mawardi dalam al-Hawi dengan menyebut inilah pegangan mazhab.

Kesimpulannya: Menganda fidyah puasa, bukanlah suatu yang muktamad dalam Mazhab Syafie.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Majmuk oleh Imam Nawawi: 6/364
- Asna al-Matalib oleh Imam Zakaria Ansari: 1/429