SJ-08-0118 : Puasa penuh 3 bulan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0118 : Puasa penuh 3 bulan

:salam

Nak kepastian tentang puasa direct (penuh) bulan rejab dan syaaban... (tolak hari syak). adakah ianya memang sunnah? tolong sertakan dalil sekali. Jazakallah. :wassalam

Re: Puasa penuh 3 bulan

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan dengan kadar kemampuan yang ada, in Sya Allah.

Puasa 3 bulan berturut-turut (Rejab, Sya’ban dan Ramadhan) menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyah Saqr rh, tidak datang Nabi hadith Nabi :saw, dan merupakan Bid’ah yang mazmumah. Berpuasa pada bulan Rejab dan Sya’ban adalah dibenarkan oleh syara’, akan tetapi bukanlah dua bulan, Rejab dan Sya’ban secara sepenuhnya.

Ibn Qayyim rh menyebut bahawa Nabi :saw tidak pernah berpuasa 3 bulan berturut-turut. Berkata Syiekh Atiyah Saqr bahawa hukum berpuasa dibulan Rejab menurut Ibn Hajar sebagaimana yang dilaporkan al-Thurthusi rh adalah makruh jika Rejab disamakan dengan Ramadhan.

Kesimpulannya, tidak wujud sebarang dalil yang mengalakkan seseorang itu berpuasa 3 bulan berturut-turut. WA.

Sekian, wassalam

Sila lihat : Syiekh Atiyah Saqr. Ahsanul Kalam, 5/682.

خيرالأمين