salam.
saya pernah dengar pendapat ketika kita bersahur, makanan yg berada didalam mulut semasa azan subuh boleh lagi ditelan asalkan disuap sebelum azan.
macam mana pula kalau masih ada lg sisa/rasa makanan dalam mulut kita setengah jam atau beberapa ketika selepas azan subuh? adakah sah puasa kalau kita telan juga dengan kita ambil pandangan diatas?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah.Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Hadithnya adalah seperti berikut :-
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمْ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
"Jika salah seorang dari kamu mendengar Azan dan bijana masih berada ditangannya, usahlah dia meletakkannya, sehingga dia menyelesaikan hajatnya" [Riwayat Ahmad & Abu Daud].
Hadith ini ada perbincangannya. Menurut Abi Hatim bahawa hadith ini tidak sahih jalannya, matannya mungkar kerana bersalahan dengan firman Allah swt (وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ - "dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar" [al-Baqarah : 187]), Syiekh Ibn Taimiyyah rh (al-Ikhtiyaaraat) menyatakan bahawa jumhur maklum bahawa apabila muazzin melaungkan azan fajar maka itulah permulaan imsak.
Malahan menurut Dr Husam al-Din bin Musa Afana bagi mereka yang mengatakan hadith ini sahih, aplikasi hadith ini adalah untuk mereka yang tidak pasti atau syak bila waktunya masuk fajar. Bagi mereka yang yakin masuknya fajar, maka tidak boleh makan dan minum lagi. Jika mereka melakukannya walaupun sudah yakin masuk fajar, maka batal puasanya dan wajib qada' [Fatwa IslamOnline : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1158658517436&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar ].
Menurut Imam al-Nawawi rh, apabila masuk waktu Fajar, dan seseorang mempunyai makanan didalam mulutnya, hendaklah ia mengeluarkan / ludahnya dan meneruskan puasanya. Jika dia menelannya setelah mengetahui bahawa fajar telah masuk, maka puasanya batal. Ulama' tidak khilaf mengenai pandangan ini [al-Majmu', 6/333].
Anda perlu meludahkan sisa makanan yang berada didalam mulut, dan batal jika ditelan. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين