SJ-09-0041 : Haji - Potong Q

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0041 : Haji - Potong Q

:salam

Bagaimana sekiranya kita memotong 'Q' dalam proses nak mengerjakan haji?Menurut pegawai tabung haji mereka boleh meletakkan nama kita secepat mungkin untuk ke haji walaupun lambat mendaftar dengan syarat kita membayar mereka sejumlah wang untuk proses itu..

Mengikut apa yang saya faham mereka akan menjual kuota milik mereka kepada kita yang dengan ini membolehkan kita pergi awal bersama dengan orang yang mendaftar awal..Adakah proses ini dikira tidak menganiya jemaah lain?

SJ-09-0041 : Haji - Potong Q

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Sebagaimana semua jemaah Haji sedia maklum bahawa dengan terhadnya kuota Haji setiap tahun yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, masing-masing hendaklah menunggu giliran masing-masing. Disamping giliran yang dikenakan, ada beberapa kelonggaran diberikan kepada mereka yang melakukan Qada’ Haji, menemani ibu-bapa yang uzur dsb. Kelonggaran ini diberikan bagi memenuhi situasi yang pelbagai ini.

Didalam keadaan biasa, seseorang jemaah Haji hendaklah menunggu giliran masing-masing. Potong ‘Q’ dsb merupakan satu amalan yang salah jika mereka melakukan. Pemotongan ‘Q’ ini juga akan menyebabkan ada dikalangan jemaah lain yang kehilangan peluang menunaikan Haji pada tahun tersebut.

Berikut merupakan point jawapan yang diberikan oleh Syiekh Ahmad Kutty didalam IslamOnline :-

a. Anda tidak dibenarkan mengganggu system kuota yang telah diluluskan untuk Haji. Dengan melakukan ini, anda telah menjejaskan peluang orang lain menunaikan Haji.

b. Kita hendaklah tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak Islamic (un-Islamic), walaupun tujuannya adalah untuk menunaikan Haji. Haji adalah ibadat; ganjarannya bergantung kepada NIAT dan AMALAN yang betul. Jika tidak, manakan ia dipanggil Haji Mabrur dimana ganjarannya diberikan oleh Allah. Haji merupakan ibadat yang tersangat mulia, maka janganlah anda melakukan aktiviti yang mengganggu-gugat amalan tersebut.

Syeikh Ahmad Kutty menasihatkan agar anda menunggu giliran anda, dan tunaikan Haji apabila diberi peluang.

Sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1135167181153&pagename=IslamOnline-English-Hajj_Umra%2FHajjE%2FHajjE

Sekian, wassalam

خيرالأمين