Ayam + babi: Kementerian, Jakim diminta senarai pasar raya terbabit
Monday, September 27 @ 16:26:58 MYT
Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) - Pihak berkuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyenaraikan nama pasar raya serta lokasi-lokasi menjual ayam yang diragui status 'halalnya' kepada masyarakat Islam negara ini.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pengguna PAS, Mahfuz Omar berkata, langkah tersebut adalah penting untuk memastikan orang Islam tidak membeli ayam tersebut sebagai menu harian mereka.
"Jakim perlu serius dalam perkara ini kerana mengambil makanan yang tidak halal boleh memberikan kesan tidak baik kepada orang Islam," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas serbuan KPDNHEP dan Jakim ke sebuah kilang penyembelihan yang mencampuradukkan daging ayam dan itik yang dibungkus dalam plastik berlogo 'Halal' dengan beratus-ratus anak babi.
Sebuah akhbar melaporkan hari ini, anggota yang melakukan operasi berkenaan mendapati kebanyakan daging ayam dan itik yang disimpan di dalam peti sejuk buku bersama anak-anak babi itu diedarkan sekitar Lembah Klang sejak sekian lama.
Berdasarkan kepada invois juga, ayam-ayam tersebut dijual dibeberapa pasar raya besar di ibu kota dan sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Laporan tersebut turut mengesahkan ayam-ayam tersebut disembelih dengan cara yang salah berdasarkan hukum syarak sehingga ia haram dimakan.
Mahfuz berkata, walaupun kilang tersebut telah diberhentikan operasinya serta-merta, beliau yakin sudah banyak ayam-ayam tersebut diedarkan dan kini berada dipasaran tanpa diketahui oleh pengguna Islam.
"Kebanyakan pengguna Islam menganggap ayam-ayam yang dijual di kebanyakan pasar raya besar adalah halal tanpa mengetahui punca ia diambil.
"Inilah yang Jakim perlu lakukan dengan mengumumkan lokasi ayam yang diedarkan oleh kilang tersebut," katanya.
Kata Mahfuz lagi, berdasarkan perkembangan itu, pihak Jakim diminta mengkaji semula peruntukan undang-undang atau meminda undang-undang yang sedia ada bagi membolehkan mereka mengambil tindakan kepada penjual-penjual makanan tidak halal kepada orang Islam.
Selain itu, beliau juga mengesyorkan badan tersebut melancarkan kempen makanan halal secara meluas ke seluruh negara dengan memperkenalkan produk-produk makanan daripada pengeluar Islam yang dijamin bersih dan suci.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengguna-pengguna Islam supaya lebih teliti ketika memilih barang makanan harian mereka terutama di pasar-pasar raya besar.
"Harus diingat pemakanan memberikan kesan besar dalam proses pembesaran anggota keluarga terutamanya anak-anak seperti membina akhlak dan minda mereka," kata beliau.
Justeru, beliau menyarankan pengguna Islam berusaha mendapatkan barang-barang makanan basah seperti ayam, daging dan kuih-muih daripada kedai dan gerai-gerai orang Islam yang mereka kenali atau yakini bersih dan suci.
"Dalam masa yang sama kita juga membantu peniaga-peniaga kecil menambah pendapatan mereka," kata beliau. – lanh
Soalan :
Assalamualaikum
>
> Hanya sekadar berkongsi pandangan mengenai situasi yang berlaku baru-baru ini. Memang msykt kita agak
> sensitif bila terdengar atau melibatkan si 'babi'. Adakah menjadi haram ayam yang disebelih secara betul,
> dapat logo halal tapi disimpan bersama dalam satu peti sejuk dengan khinzir2 tak kira bertindan atau tidak?
> Dengan cara kedua2nya di plastikan. Apakah dengan cara ini status halal tadi bertukar atau ada kaedah lain yg
> saya tak tahu?
>
> So?
>
> TJ
Jawapan Ustaz thtl,
wsm
Ia adalah haram dan gagal memenuhi certifikasi halal yg dianugrahkan kepada mereka. Kalau dalam negara Islam, mereka boleh diusir dari negara Islam kerana perbuatan menghina umat Islam dan merendahkan agamanya. banyak hotel dan supermarket yg melakukan hal ini kerana di bahagian belakang hotel atau supermarket, goods receivable dept (bahagian penerimaan stok) unload cargo (mengeluarkan kargo) dan penyimpanan dalam bilik beku tidaklah mematahui sijil halal mereka.
Ini kelemahan pihak berwajib. Spt kata Presiden persatuan pengguna Islam malaysia, Dr ma'amor, belilah barangan halal dari pasar tani, pasar basah yg kita lihat sendiri ayam itu disembelih.
Rumusan: walaupun ia khilaf di sisi madzhab, tapi menurut madzhab Syafi'iy bahan bernajis berat sama sekali tidak boleh hampir dgn barangan makanan umat Islam yg bersih kerana di khuatiri akan bercampur.
dari segi imej dan sum'ah (ketinggian) umat Islam, tujuan orang kafir ialah menghina dan ingin memudharatkan agama kita.
Walaupun mereka diberi sijil Halal, tapi mereka selalunya tidak mengerti apa itu Halal dan haram. Mereka patuh pada persijilan ketika hari persijilan sahaja, tapi dengan tiada sifat taqwa dan keimanan, mereka tidak mungkin dapat maintain sijil halal itu pada jangkapanjang. Umat islam ada Allah utk memantau, apakah yg ada utk memantau pengusaha bukan Islam.
thtl
خيرالأمين