:P
Assalamualaikum kepada seluruh warga Al-Ahkam. Semoga segala usaha yang baik kita lakukan untuk Islam akan memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat.
Berkenaan dengan makanan. Sebelum ini saya ada membaca topic berkenaan hidupan ketam. Samaada kita boleh makan tau tidak dan sebagainya. Begitu juga dengan topic jenis-jenis haiwan yang tidak boleh di makan. OLeh itu saya ingin bertanya ( tak paham lagi )..
Bagaimana dengan monyet dan tupai... adakah kita boleh makan haiwan seperti ini....
Semoga saya mendapat jawapan dari pihak Al-Ahkam...
Sekian terima kasih :roll:
:salam
tupai adalah harus dimakan. tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia.
Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.þ
þÍÏËäÇ þ þÃÈæ ÈßÑ Èä ÃÈí ÔíÈÉ þ þæÅÓÍÞ Èä ÅÈÑÇåíã þ þæÇÈä ÃÈí ÚãÑ þ þÞÇá þ þÅÓÍÞ þ þÃÎÈÑäÇ þ þæ ÞÇá þ þÇáÂÎÑÇä þ þÍÏËäÇ þ þÓÝíÇä Èä ÚííäÉ þ þÚä þ þÇáÒåÑí þ þÚä þ þÃÈí ÅÏÑíÓ þ þÚä þ þÃÈí ËÚáÈÉ þ þÞÇá þ
þäåì ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÚä Ãßá ßá Ðí þ þäÇÈ ãä þ þÇáÓÈÚ þ
þÒÇÏ þ þÅÓÍÞ þ þæÇÈä ÃÈí ÚãÑ þ þÝí ÍÏíËåãÇ ÞÇá þ þÇáÒåÑí þ þæáã äÓãÚ ÈåÐÇ ÍÊì ÞÏãäÇ þ þÇáÔÇã þ
Dari Abu Tsa'labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring
(Hadith riwayat Muslim)
Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I'lamul Muwaqqi'in (2/118-119)
Maksudnya "dziinaab" yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan". (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).
Hadith ini secara jelas menunjukkan haramnya memakan binatang buas yang bertaring bukan hanya makruh saja. Pendapat yang menyatakan makruh saja adalah pendapat yang salah. (lihat At-Tamhid (1/111) oleh Ibnu Abdil Barr, I'lamul Muwaqqi'in (4-356) oleh Ibnu Qayyim dan As-Shahihah no. 476 oleh Al-Albani.
Imam Ibnu Abdil Barr juga mengatakan dalam At-Tamhid (1/127): "Saya tidak mengetahui perselisihan pendapat di kalangan ulama kaum muslimin bahawa kera tidak boleh dimakan dan tidak boleh dijual kerana tidak ada manfaatnya. Dan kami tidak mengetahui seorang ulama' pun yang membolehkan untuk memakannya. Demikian pula anjing, gajah dan seluruh binatang buas yang bertaring. Semuanya sama saja bagiku (keharamannya). Dan hujjah adalah sabda Nabi saw bukan pendapat orang....".
:aklam
http://www.zayed.com