SJ-10-0022: Telur Ayam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0022: Telur Ayam

Assalamu'alaikum.

Saya merupakan ahli baru forum ini yang mempunyai masalah.Sejak kebelakangan ini,kita sering dengar obesiti,penyakit jantung dan macam-macam lagi benda-benda yang berkaitan dengan kegemukkan.Jadi,jika kita ingin makan telur ayam,apakah hukumnya membuang kuning telur yang memang terkenal dengan kandungan kolesterol dan kandungan lemak tepunya?Memang Islam melarang umatnya membazir.Tetapi mungkin dalam hal ini,pandangannya mungkin berlainan.Allah'hua'lam.Demi Allah,tolonglah respond.

Re: Telur Ayam

:bismillah
:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:


Åöäøó ÇáúãõÈóÐøöÑöíäó ßóÇäõæÇ ÅöÎúæóÇäó ÇáÔøóíóÇØöíäö æóßóÇäó ÇáÔøóíúØóÇäõ áöÑóÈøöåö ßóÝõæÑðÇ

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.(Al-Isra': 27)

Menurut Ibnu Kathir maksud 'saudara-saudara syaitan':


Ãí ÃÔÈÇååã Ýí Ðáß

Iaitu menyerupai/mirip kepadanya dalam masalah boros.

Menurut tafsir Jalalain:


Ãí Úáì ØÑíÞÊåã

Iaitu berada di atas jalan syaitan.

Menurut al-Tabari pula:


Åä ÇáãÝÑÞíä ÃãæÇáåã Ýí ãÚÇÕí Çááå ÇáãäÝÞíåÇ Ýí ÛíÑ ØÇÚÊå ÃæáíÇÁ ÇáÔíÇØíä

Menghambur-hamburkan harta di jalan kemaksiatan kepada Allah adalah wali-wali syaitan.

Ada definasi dari majalah al-Wa'yul al-Islami (12/12/2004), katanya:
Tabzir/membazir menurut istilah feqhi ialah: Mengeluarkan harta secara berlebihan/boros (israf).

Di sana terdapat perbezaan antara tabzir dan israf. Israf ialah membelanjakan harta untuk sesuatu yang diperlukan tetapi melebihi dari yang sepatutnya atau yang diperlukan. Manakala tabzir pula ialah membelanjakan harta pada sesuatu yang pada dasarnya memang tidak diperlukan.

Dapat kita simpulkan di sini bahawa membazir ialah mengeluarkan harta atau belanja tanpa hak, atau bukan pada tempatnya, pada kemaksiatan kepada Allah dan untuk kerosakan. Hukum pembaziran begini adalah haram. Contoh: Mengeluarkan belanja untuk membeli arak atau untuk berjudi.

Dari itu, menggunakan harta secara hak, atau kena pada tempatnya serta untuk ketaatan kepada ALlah tidaklah dinamakan sebagai membazir. Contoh: Mengeluarkan wang yang banyak untuk mengubati penyakit, tidaklah dinamakan membazir.

Masalah: Jika kita ingin makan telur ayam, apakah hukumnya membuang kuning telur yang memang terkenal dengan kandungan kolesterol dan kandungan lemak tepunya?

Jawab: Jika perbuatan berkenaan mempunyai alasan dan sebab seperti untuk kesihatan dsbnya, maka tidaklah dinamakan sebagai membazir. Namun, sebaik-baiknya, cari cara untuk memanfaatkannya utk tujuan-tujuan lain.

:aklam
Semoga bermanfaat...

zain y.s

Rujukan:
1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Tafsir Jalalain
3. Tafsir al-Thabari
4. Tafsir al-Qurthubi