SJ-10-0079: Lanjutan:Sambut Kelahiran Bayi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0079: Lanjutan:Sambut Kelahiran Bayi

Telah disepakati sunat melakukan 3 perkara pada hari ke-7 seperti apa yg telah diterangkan oleh Hj. Kamin:

SJ-13-0288 : adab dlm Islam menyambut kelahiran bayi wrote:
Pada hari ke 7, disunat melakukan 3 perkara, iaitu memberi Nama, memcukur rambut dan Aqiqah. Telah diriwayatkan oleh Samurah, berkata : Rasulullah bersabda :-

ÇáÛáÇã ãÑÊåä ÈÚÞíÞÊå íÐÈÍ Úäå íæã ÇáÓÇÈÚ ¡ æíÓãì ¡ æíÍáÞ ÑÃÓå
"Anak lelaki di ikrar bagi Aqiqahnya, dimana dikehendaki menyembelihnya pada hari ke 7, diberi Nama dan mencukur kepalanya" - [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #1522].

adakah masih sunat sekiranya dilakukan sebelum atau selepas hari ke-7?

SJ-10-0079: Lanjutan:Sambut Kelahiran Bayi

al-Jawab:

Fuqaha' berselisih mengenai saranan Nabi SAW pada hari ke 7. Berikut kita paparkan variasi dalam pentafsiran ulama' mengenai maksud hari ke 7.

1. Boleh dilakukan sebelum hari ke 7. Itu pendapat Ibn Qayyim (atTuhfah/37)

2. Tepat pada hari ke 7, tak kurang dan tak boleh melewatinya. Ini pendapat Imam Malik

3. Pada hari ke 7, 14 dan waktu terakhir ialah 21. ini pendapat Hanabilah (Lajnah Daimah KSA, Majmu' Fatawa 11/934))

4. Boleh dilaksanakan selepas hari ke 7 (dalam kitaran 7 hari lagi), jika ada keuzuran. Tapi sebaiknya pada hari ke 7 (al-Muhalla (7/523), Maka dalam madzhab Ibn Hazm ialah 7 dan paling lewat ke 14.

5. jika ada uzur, masih boleh melakukan akikah hingga mencapai usia baligh. Ini pendapat Syafi'iyah.

Ini rumusan alHafidz Ibn Hajar dalam Fath alBari Jld 9.

Setelah kita amati, pendapat ke 3 dan ke 4 itu adalah yang sederhana dan menepati kemudahan yang diseru oleh Islam. Yakni seafdhal pada ke 7, jika uzur/sibuk, pada hari ke 14 dan seterusnya 21. sekian WA