SJ-10-0110 : Daging Korban Haram Dimasak Pedas?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0110 : Daging Korban Haram Dimasak Pedas?

A'kum,

Mohon maaf jika soalan ini pernah dijawab. Seorang ustazah pernah memberitahu ibu saya bahawa daging korban tidak boleh dibuat lauk bercili/pedas. Adakah pernyataan tersebut betul dari segi nas dan hukum syarak?

Sekian...terima kasih

SJ-10-0110 : Daging Korban Haram Dimasak Pedas?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Tentang cara pemasakan daging korban, tidak ada resepi khusus yang ditetapkan oleh syarak. Umat Islam boleh memasaknya mengikut keseleraan masing-masing mengikut cara setempat, samada mahu cara manis, masam, pedas atau lain-lain perisa.

Cuma, untuk daging aqiqah, ada ulama yang menyarankan agar dimasak secara manis, semata-mata untuk bertafaul supaya akhlak kanak-kanak itu menjadi manis. Sebagaimana disebut oleh Imam Syirazi dalam Muhazzab (1/438). Tetapi ia tidak disokong oleh dalil.

Jadi, boleh sahaja untuk masak daging korban atau daging aqiqah dengan apa-apa perisa yang disukai.

Wallahu A'lam