Assalamu`alaikum,
Saya bekerja sebagai IT support officer di salah sebuah airport di malaysia...Saya berharap agar pihak tuan dapat mnjawap beberapa kemusykilan yang saya dan rakan2 yg lain hadapi..
1) Kerja2 saya melibatkan network troubleshooting dan kebanyakan international airport mempunyai premis perniagaan arak yg di sewa oleh peniaga2 luar... Jika terdapat masalah network sudah tentu kami akan datang untuk melakukan baik pulih... Apakah hukumnya pekerjaan dan pendapatan yang kami perolehi setiap bulan di sisi Islam?
2) Bagaimana pula dengan mereka yg bekerja secara langsung di pub atau supermarket yg menjual arak dan daging babi? bagaimanakah pula hukumnya?
Harap tuan dapat membantu...
wassalamm
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr khalya dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Syukur kepada Allah swt, begitulah sebaik2 orang yang beriman, mereka begitu peka dan sensitif dengan pendapatan2 yang diperolehi, cuba sedaya upaya mendapatkan sehalal dan sebersih mungkin reski yang dibawa pulang.
1. Pekerjaan sebagai pegawai IT support di sebuah airport di Malaysia merupakan pekerjaan yang halal. Tugasan anda hanya melibatkan network connectivity, troubleshooting, support dan sebagainya kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan IT anda. Samalah seperti mereka yang berkerja sebagai pilot, Jurutera kapalterbang dsb di Airport tersebut. Anda bukanlah berkhidmat dengan jabatan IT di Carlsberg, Anchor Beer, Tiger Beer, atau mana2 kilang arak, yang jelas sumber pendapatannya diperolehi dari penjualan arak, sebagaimana yang dijelaskan didalam skop pengharamannya didalam hadith riwayat Tirmudzi :-
Begitu juga mereka2 yang terlibat didalam perkhidmatan Public Utility seperti Tenaga Nasional, Telekom, dsb yang memberikan perkhidmatan mereka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, dan mereka itu tidak termasuk dari kalangan orang2 yang dilaknati Allah sebagai hadith diatas.
2. Orang Islam tidak boleh melibatkan dirinya secara langsung didalam sebarang pekerjaan / penjualan yang melibatkan perkara yang haram, walaupun pelanggannya terdiri dari orang yang bukan Islam. Didalam Fatwa #13087 yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa'imah menyatakan :-
Akan tetapi, lebih2 lagi mereka yang mencari reski ditempat orang (eg: diluar negara), yang bekerja direstoran2 yang menghidangkan atau menjual arak dan khizir, Majlis Fiqh Islami didalam kenyataannya membenarkannya, dengan syarat, tidak terlibat secara langsung didalam menuang, menghidang atau apa2 sekalipun yang terlibat didalam barangan haram itu. Kenyataannya menyebut :-
Moga2 Allah mengurniakan kita reski yang halal dan baik, Insyaallah. WA
wassalam
خيرالأمين