assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik ahli panel menasihati saya tentang perkara ini.
Adakah boleh seseorang muslim berkerja di kedai yang menjual benda2 haram.Contohnya seperti bekerja di restoran yang ada menjual arak atau khinzir. Dan juga kerja2 lain yang sewaktu dengannya. Jika berkerja sebagai cashier di kedai yang jual arak sudah tentu haram. Tapi kalau macam kerja di Jaya Jusco(JJ) yang sumber pendapatan JJ juga terdiri daripada arak bagaimana pula?Bagaimana pula kalau kerja hanya sebagai cleaner tapi di kedai seperti yang disebut tadi?jazakallah khair
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr sham2122 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Sebagai seorang Islam, adalah kewajipan kita mencari pekerjaan yang halal yang padanya kita membawa balik makanan dan minuman yang halal. Sumber penjualan perkara yang haram, sudah tentu menjanakan pendapatan yang haram. Sabda Nabi :saw :
Akan tetapi, jika seseorang itu tiada pilihan, lebih2 lagi mereka yang mencari reski ditempat orang (eg: diluar negara), yang bekerja direstoran2 (atau kedai) yang menghidangkan atau menjual arak dan khizir, Majlis Fiqh Islami didalam kenyataannya membenarkannya, dengan syarat, tidak terlibat secara langsung didalam menuang, menghidang atau apa2 sekalipun yang terlibat didalam barangan haram itu. Kenyataannya menyebut :-
Syiekh Dr Ahmad al-Syarbaasi rh. juga mengatakan bahawa jika berlaku keadaan yang sedemikian, maka seseorang itu hendaklah mengelakkan diri dari melakukan transaksi secara berterusan (direct transaction) dengan barangan2 haram; seperti membungkus arak, menuang arak, menghidangkan khinzir dsb. Berikut adalah ringkasan fatwa IslamOnline terhadap fatwa Syiekh Dr Ahmad a-Syarbaasi :-
Kesimpulannya, wajib bagi seseorang Islam menjadi pekerjaan dari sumber yang halal. Akan tetapi didalam keadaan yang tidak ada pilihan, maka dibenarkan bekerja ditempat tersebut dengan syarat elak dari melakukan transaksi dengan barangan2 yang haram. Jika wujudnya peluang baru, maka hendaklah dia berhijrah meninggalkan tempat kerja yang melibatkan barangan2 haram :aklam.
Sila lihat FORUM dan SJ di bawah :-
Pekerjaan & kewangan
http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?f=101
SJ-11-0023 : was-was tentang kerja
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=28137
SJ-11-0026 : Bekerja di Syarikat Pos
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=27996
wassalam
---------
Rujukan :
1. Syiekh Dr Ahmad a-Syarbaasi. ÇáÚãá Ýí ãßÇä íÈíÚ ÎãæÑ. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=86605
خيرالأمين