SJ-11-0075 : Pertandingan Treasure Hunt

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0075 : Pertandingan Treasure Hunt

Assalamualaikum.

Dewasa ini terdapat banyak pertandingan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) yang dianjurkan oleh berbagai pihak dan kadang-kala hadiah yang ditawarkan amat lumayan. Peserta dikehendaki membayar yuran untuk memasuki pertandingan tersebut.

Apa pandangan dan hukum di dalam Islam mengenai pertandingan seperti ini?

SJ-11-0075 : Pertandingan Treasure Hunt

:wassalam

alJawab;

Treasure Hunt atau kembara mencari Harta Qarun yang harus disertai ialah Treasure Hunt anjuran majikan anda atau oleh Penaja dan para peserta tidak dikena apa-apa yuran penyertaan.

Adapun Treasure Hunt Komersil yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat bebas, maka yuran penyertaan itu sebenarnya akan dijadikan harta Qarun dan ia menjadi loteri. Maka Dr Qardhawi (halal & Haram) menolak aktiviti2 sukan dan rekreasi komersil seperti ini.

Jadi, kita kena pastikan siapakah penganjur Treasure Hunt dan apakah motif ia menganjurkan Tresure hunt tersebut.

sekian