SJ-11-0092 : hukum aqad dalam transaksi kewangan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0092 : hukum aqad dalam transaksi kewangan

apakah hukum aqad jual beli dalam urusan kewangan masa kini? kalau dahulu mungkin sesuai. tapi sekarang, kita byk berurusan dgn mesin, internet dan seumpamanya. begitu juga dengan pembayaran zakat.

SJ-11-0092 : hukum aqad dalam transaksi kewangan

alJawab:

Hanya madzhab Syafi'iy yang amat keras dalam masalah aqad jualbeli. mereka menggunakan ayat 1 surah alMaaidah (Wahai orang-orang beriman, penuhilah aqad-aqad itu). Madzhab Syafi'iy mengqiaskan juga dengan akad nikah. Namun jumhur ulama' tidaklah berpendapat demikian kerana uqud dalam ayat di atas agreement atau perjanjian dan tidak semestinya secara ijab-qabul. Maka Majma' Fiqh Alami menetapkan transaksi elektronik dan cyber itu adalah sah jika memenuhi maksud uqud atau agreement (apa yang dipersetujui dan diredhai) oleh kedua-dua belah pihak. Prof Dr al- Imam Yusof al-Qardhawi juga berfatwa sah dalam Fatawa Mu'asirat Jld 2.