SJ-11-0105 : komen : zakat pendapatan x wajib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0105 : komen : zakat pendapatan x wajib

>Soal: Ustaz saya ingin bertanya tentang zakat pendapatan. Apakah para 'ulama dahulu pernah membahas itu dalam kitab-kitab mereka? Bagaimana pandangan Ustaz terhadap dalil-dalil yang digunakan oleh Yusuf Qaradhawi dalam zakat pendapatan ?
>

>
Jawab: Sebelum menentukan apakah zakat pendapatan disyariatkan atau tidak oleh Islam, terlebih dahulu mesti difahami bahawa zakat adalah ibadah yang telah ditetapkan tata caranya oleh syara', baik yang berhubungan dengan syarat-syaratnya, pihak yang wajib menunaikan serta yang berhak menerima, jenis benda yang wajib di zakati, kadar, dan cara-cara pengagihannya. Syariat Islam telah menetapkan jenis-jenis binatang yang wajib dizakati, misalnya sapi, kambing, domba, dan unta. Tidak ada zakat untuk haiwan (burung dan ayam), udang dan sebagainya; meskipun dipelihara dalam jumlah yang besar. Syariat juga telah menetapkan jenis-jenis tanaman yang wajib dizakati. Tidak ada zakat untuk fakihah (buah-buahan), sayur-mayur, terung, lobak dan lain sebagainya (lihat Dr. Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Adillatuh).
>
>Akan tetapi, jika haiwan, buah-buahan dan sayur-mayur tersebut dijadikan komoditi perdagangan, maka penjual wajib membayar zakatnya. Akan tetapi, zakat yang dikeluarkannya bukan dari zakat ternak atau zakat sayur-mayur dan buah-buahan, akan tetapi zakat perdagangan. Tidak ada zakat bagi kereta mahupun bangunan. Namun, jika kereta dan bangunan itu dijadikan barang dagang, maka keduanya wajib di zakati. Sebab, kedua barang tersebut telah dijadikan komoditi perdagangan, sehingga berlaku zakat perdagangan.
>
>Untuk itu, para 'ulama terdahulu beristinbath, bahawa jika tidak ada nas sharih yang menyatakan benda ini, haiwan ini, atau tumbuhan ini wajib dizakati, mereka tidak menzakati benda, tumbuhan, mahupun haiwan tersebut. Dengan kata lain, tidak ada zakat pada jenis benda yang tidak ditetapkan oleh syariat. Jika seseorang menetapkan bahawa benda ini, tumbuhan ini, atau haiwan ini mesti dizakati, sedangkan syara' tidak menetapkannya, sungguh ia telah mensejajarkan dirinya dengan Sang Pembuat Hukum (syâri') itu sendiri.
>
>Demikian pula mengenai zakat pendapatan. Sesungguhnya, Islam tidak pernah mensyariatkan zakat pendapatan . Ini boleh kita lihat dari kenyataan, bahawa para fuqaha dan ahli tahqiq ternama, tidak pernah membahas masalah ini dalam kitab-kitab fiqh mereka. Padahal, pada saat itu, pendapatan pegawai negara, misalnya qadhi, pencatat, doktor dan sebagainya sudah ada, baik sejak zaman sahabat hingga masa tabi'în. Namun, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menarik zakat berdasarkan pendapatan mereka, misalnya pendapatan petani, nelayan, doktor dan sebagainya. Bahkan, sikap generasi awal-awal Islam menolak pemungutan zakat jika jenisnya tidak ditentukan oleh nas syara'. Mereka juga tidak pernah berdalil dengan alasan keadilan dan kesetaraan, apalagi berdalil bahawa hasil dari haiwan ini atau tumbuhan ini atau pendapatan ini lebih besar, sehingga tidak adil jika tidak ada zakatnya. Sebab, alasan-alasan seperti ini hanya lahir dari hawa nafsu, bukan dari akal yang dibimbing oleh syariat Islam.

SJ-11-0105 : komen : zakat pendapatan x wajib

al-Jawab:

Kita telah menjawab isu Zakat Pendapatan bergaji (Maal al-Mustafad) beberapa kali sebelum ini, sila browse archive Fiqh al-Ahkam.

Sila nyatakan siapakah yang menulis dan membantah Zakat Gaji tsb. Ini kerana al-Qardhawi menyarankan Zakat Gaji melalui tesis phDnya pada tahun 1973 di al-Azhar. Pendapat al-Qardhawi ini disahkan oleh Majma' Fiqh Sedunia, Malaysia meluluskan Zakat ke atas gaji dan upah pada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 seksyen 6A (3)
Adalah dengan ini dirumuskan bahawa hujah Dr al-Qardhawi adalah lebih rajih. WA