SJ-11-0154 : Entertain customer

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0154 : Entertain customer

:salam

Dalam dunia bisnes, terutama dlm mengejar kontrak bisnes, selalu kita dengar dgn perkataan "entertain customer" dan ada sesetengah syarikat memperuntukan sebahagian perbelanjaan ke arah tersebut.

Mohon pandangan ahli panel, apakah perbelanjaan untuk "entertain customer" ini dibenar di sisi syara'?

WA

:wassalam

SJ-11-0154 : Entertain customer

:wassalam

al-Jawab:

"Entertain Customer" adalah slogan baru untuk Rasuah atau sogokan. Ust Hasan alBanna dalam Usyul Asyrin, usyul # 16, Kata al-Banna, Wajib berwaspada dgn tipudaya lafadz pada setiap perkara agama dan urusan dunia. Kita mengambil kira musamayyat (content) bukannya slogan atau lafadz itu."

Cth: interest bank adalah nama lain bagi riba. stout dan lager adalah nama lain bagi khamar. Syabu dan pil kuda adalah nama lain bagi dadah. Maka melayan pelanggan itu sebenarnya adalah rasuah jika entertainment itu bertujuan mempengaruhi kontrak bisnes.

Perbedaan layanan tulin kepada pelanggan dan sogokan (rasuah) ialah bila layanan seseorang kepada pelanggannya tanpa diselitkan sesuatu hajat yang tersembunyi. Jika entertainment itu ada muslihat yakni untuk mempengaruhi kontrak, maka itu adalah suapan yang dibungkus dengan nama baru yakni entertain pelanggan. sekian

Ruj: Dr Abdullah alToriqi, Jarimah al-Risywah, 1987: Mu'assasah Fu'ad, Beirut.