:salam
harap para Ustaz di Ahkam harap dapat membantu..
walau pon kita deny..tetapi realiti masyarakat masih mengamalkan perkara seperti ini... saya ditanya oleh seorang rakan:
Beliau ingin membeli pisau/parang/keris dari seorang kenalannya yg mendakwa senjata itu diperolehi(dibeli) dari Jin.. cara pembelian cthnya kawan saya bayar RM300, seratus akan didermakan, seratus lagi utk penjual(kenalannya) dan selebih saya lupa..mungkin utk jin itu? Katakanlah benar senjata ini diperolehi dari kaum Jin dan bukan ditipu (beli di indon cthnya)
Soalan...
Apakah hukum jual beli ini sah? Adakah terdapat larangan.. harap Tuan dapat memberi nasihat.
JKK.
:wassalam
al-Jawab:
Jualbeli itu adalah haram kerana ada unsur2 gharar. Gharar ialah kesamaran kerana melibatkan pembekalnya dari makhluk Jinn.
Dalilnya: Dari Abu Hurayrah ra:
" äóåóì ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Úóäú ÈóíúÚö ÇáúÍóÕóÇÉö ¡ æóÚóäú ÈóíúÚö ÇáúÛóÑóÑö
terjemahnya: Nabi saw melarang jualbeli secara lemparan dan jualbeli yang samar (gharar)." Muslim 1513
Gharar menurut al-Qardhawi (Halal & Haram/294 (indon) ialah ada unsur penipuan atau unsur kesamaran yang tidak diketahui oleh pembeli.
Contoh gharar dalam urusniaga pembelian pisau itu amat ketara:
a. Harga pisau yang begitu mahal. Pisau semahal itu selalunya berasal dari Jepun atau Germany yang dibeli dari pengimpot yang sah
b. RM 100 kepada derma juga samar kerana tidak jelas siapakah yang akan menerima derma
c. RM100 kepada orang tengah
d. RM 100 kepada jin sebagai pengilang pisau.
Maklum diketahui, tidak ada bukti dalam urusniaga manusia setakat ini, peniaga ada membeli dari pengilang berketurunan jinn. Ini kerana kita tidak berurusan dengan makhkuk ghaib. sekian WA