:salam
saya ada soalan yang nak ditanya dan diharap dapat dijawab dgn nas2 quran n hadis, dan terima kasih banyak2 atas jawapan yang di beri. moga Allah memberkati tuan dunia akhirat.
okey soalannya: apakah hukum perniagaan internat yang kerap saya dengar kebelakangan ini, tanpa modal yang besar boleh menjana untung yang lumayan dan berterusan, tidur pun duit masuk, dan sebagainya...
sekian :wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-11-0169 : perniagaan internat
Primary tabs
Sat, 22/03/2008 - 4:30am
#1
SJ-11-0169 : perniagaan internat
Al-Hamdulillah ,
Al-jawab :
Untuk pengetahuan saudara, hukum asal perniagaan adalah harus. Cumanya dalam perniagaan internet secara MLM ini, saudara haruslah meneliti unsur perniagaan itu, jika perniagaan itu berunsurkan penipuan, penindasan dan kezaliman maka hukumnya adalah haram.Begitu juga jika ianya berbentuk pelaburan yang bercanggah dengan Islam seperti wang kita di syarikat itu dilaburkan dan digunakan untuk industri dan instrumen pelaburan yang haram.
Untuk lebih memudahkan saudara menemui jawapan yang dikehendaki yang in sya Allah boleh membantu menyelesaikan permasalahan saudara itu , maka saya ingin mencadangkan agar saudara melayari laman web yang dimiliki oleh seorang yang pakar dalam bidang mu'amalah dan ekonomi Islam seperti dilink dibawah ini :
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=294&Itemid=95
Ini kerana untuk meletakkan hukum pada sesuatu perkara yang berkaitan dengan mu'amalah dan ekonomi perlulah kepada penelitian dan pengkajian yang teliti terhadap sesuatu perniagaan tersebut melalui panduan-panduan syarak yang telah ditetapkan.Maka dengan ini , Ustaz Zaharuddin adalah individu yang terlibat secara langsung dalam permasalahan ini.Beliau juga adalah merupakan panel Feqh Jemputan/Tamu Al-Ahkam.net.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com