SJ-12-0004 : ajar mengaji semasa haidh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0004 : ajar mengaji semasa haidh

:salam

Saya nak tanya hukumnya mengajar budak mengaji Al Quran semasa berada dalam haidh.

re: SJ-12-0004 : ajar mengaji semasa haidh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan aiman03 dengan kadar kemampuan yang ada dan diharapkan anda juga dapat membuka minda didalam menilai jawapan berikut, Insyaallah.

Apa bila membicarakan tentang mengajar mengaji al-Quran, sudah tentu seseorang itu tidak boleh lepas dari perbuatan membaca al-Quran. Jumhur ulama' mengatakan haram bagi wanita membaca al-Quran semasa datang haid, sehinggalah ia suci. Yang menjadi kelonggaran ialah kecuali ia menjadikan ayat-ayat al-Quran itu sebagai Zikir dan lafaz-lafaz yang tidak bermaksud untuk membaca al-Quran seperti lafaz Bismillah, Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun atau lafaz yang menjadi do'a umum.

Larangan ini berdasarkan kepada hukum yang dikenakan keatas orang yang berjunub (keadaan tidak suci akibat bersetubuh atau keluar mani), kerana kedua-dua keadaan ini memerlukan seseorang itu mandi. Ini berdasarkan dari hadith 'Ali bin Abi Thalib ra, menurutnya bahawa "Rasulullah saw biasa mengajar Al-Quran dan tidak menegah sesiapa mempelajarinya melainkan mereka yang berada didalam keadaan junub" {Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßÇä íÚáãåã ÇáÞÑÂä æßÇä áÇ íÍÌÒå Úä ÇáÞÑÂä ÅáÇ ÇáÌäÇÈÉ}- [Hadith riwayat Abu Daud #1/281, Al-Tirmudzi #146, Al-Nasaa'i #1/144, Ibn Majah #1/207, Ahmad #1/84, Ibn Khuzaimah #1/104].

Terdapat juga didalam hadith dari Ibn 'Umar ra, menurut apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw :

áÇ ÊÞÑà ÇáÍÇÆÖ æáÇ ÇáÌäÈ ÔíÆÇð ãä ÇáÞÑÂä
"Wanita yang haid dan mereka yang didalam keadaan junub tidak boleh membaca apa-apa dari Al-Quran" -[hadith riwayat al-Tirmudzi #131, Ibn Maajah, 595; al-Daaraqutni (1/117); al-Baihaqi, 1/89].

Hadith ini da'if, kerana ia diriwayatkan oleh Ismail ibn 'Ayyaash dari Hijaaziin, dan riwayat beliau adalah da'if, berkata Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah (majmu' fatawa 21/460) : "Ia adalah hadith da'if yang disepakati oleh ulama' hadith". sila lihat juga Nasb al-Raayah, 1/195, al-Talkhis Al-Habeer, 1/183.

Walaubagaimanapun beberapa ulama seperti Imam Maalik, Ibn Taimiyah, Al-Sawkaani (Nayl al-Awtaar, 1/226), Al-Albani, Abdul Aziz bin Baaz, Ibn Utsaimin dsb membenarkan wanita didalam haid membaca Al-Quran. Ini berdasarkan prinsip bahawa setiap perkara itu harus kecuali ada dalil yang melarangnya. Berkata Ibn Taimiyah :

Ýí ãäÚ ÇáÍÇÆÖ ãä ÇáÞÑÇÁÉ äÕæÕ ÕÑíÍÉ ÕÍíÍÉ ¡ æÞÇá : æãÚáæã Ãä ÇáäÓÇÁ ßä íÍÖä Úáì ÚåÏ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ¡ æáã íßä íäååä Úä ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ¡ ßãÇ áã íßä íäååä Úä ÇáÐßÑ æÇáÏÚÇÁ .
"Tidak terdapat nas yang jelas larangan wanita haid membaca Al-Quran, dan berkata lagi : Adalah maklum bahawa wanita juga datang haid semasa zaman Rasulullah saw, dan baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran, atau berzikir kepada Allah dan membaca do'a". (Majmu' al-Fataawaa, 21/460)

Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz berkata :

áÇ ÍÑÌ Úáì ÇáÍÇÆÖ æÇáäÝÓÇÁ Ýí ÞÑÇÁÉ ßÊÈ ÇáÊÝÇÓíÑ æáÇ Ýí ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ãä Ïæä ãÓ ÇáãÕÍÝ Ýí ÃÕÍ Þæáí ÇáÚáãÇÁ ¡ ÃãÇ ÇáÌäÈ ÝáíÓ áå ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ãØáÞÇ ÍÊì íÛÊÓá ¡ æáå Ãä íÞÑà Ýí ßÊÈ ÇáÊÝÓíÑ æÇáÍÏíË æÛíÑåãÇ ãä Ïæä Ãä íÞÑà ãÇ Ýí ÖãäåÇ ãä ÇáÂíÇÊ ¡ áãÇ ËÈÊ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ßÇä áÇ íÍÌÒå ÔíÁ Úä ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ÅáÇ ÇáÌäÇÈÉ ¡ æÝí áÝÙ Úäå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÞÇá Ýí Öãä ÍÏíË ÑæÇå ÇáÅãÇã ÃÍãÏ ÈÅÓäÇÏ ÌíÏ : ( ÃãÇ ÇáÌäÈ ÝáÇ æáÇ ÂíÉ )
"Tidak ditegah keatas wanita datang haid dan nifas membaca kitab tafsir dan membaca Al-Quran tanpa memegang Al-Quran dan ini adalah pandangan yang paling benar dari kalangan ulama'. Bagi mereka yang berjunub dilarang baginya secara Mutlak membaca Al-Quran sehinggalah ia mandi, dan baginya boleh membaca Kitab Tafsir dan hadith dan selainnya TANPA membaca teks ayat-ayat al-Quran. Telah terbukti dari Nabi saw sesungguhnya tidak melarang dari apa-apa perkara yang berkenaan dengan Al-Quran kecuali seeorang didalam keadaan Janaabah (Junub). Dari lafaz Nabi saw bersabda didalam sebuah hadith riwayat Al-Imam Ahmad dengan sanad yang baik : "bagi mereka yang berkeadaan jubub maka Tidak dan Tidak boleh membaca satu Ayat" [Fatawa Islamiyah, 1/239].

Didalam Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah yang bernombor 9402, membenarkan wanita haid mengajar Al-Quran samada tilawah ataupun tajwid, katanya :-

íÌæÒ áß Ãä ÊÞÑÆí ÇáÞÑÂä æÃäÊ ÍÇÆÖ¡ æÃä ÊÚáãí ÇáÍíÖ ÇáÊáÇæÉ æÇáÊÌæíÏ ÍÇá ÇáÍíÖ¡ áßä Ïæä ãÓ ááãÕÍÝ¡ æááÍÇÆÖ Ãä ÊãÓ ßÊÈ ÊÝÓíÑ ÇáÞÑÂä æÊÊÚÑÝ ÇáÂíÇÊ ãäåÇ¡ Ýí ÃÕÍ Þæáí ÇáÚáãÇÁ.
"Adalah dibolehkan untuk kamu(wanita) membaca Al-Quran semasa kamu berhaid, dan anda mengajar didalam keadaan haid subjek tilawah dan tajwid Al-Quran, akan tetapi tanpa menyentuh Al-Quran, dan bagi yang datang haid, menyentuh kitab tafsir Al-Quran dan mengetahui ayat didalamnnya dibolehkan. Ini adalah pandangan terbaik dikalangan pandangan ulama" - (Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah, 4/111).

Apa yang penting dibicarakan disini ialah, ulama' ini berpendapat bahawa wanita yang sedang didalam haid boleh membaca Al-Quran, mengajar dsb TANPA menyentuh mushaf Al-Quran itu. Bagi wanita yang didalam keadaan berjunub, dilarang sama sekali membaca dan menyentuh Al-Quran. Pandangan ini merupakan pandang yang terbaik dikalangan ulama' dan ia juga merupakan pegangan para ahli-ahli hadith. WA.

wassalam
==============
Rujukan :

1. Dar Al-Ifta' Al-Saudiyah. ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ááÍÇÆÖ æÇáäÝÓÇÁ. url : http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=5536

2. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim [penyusun]. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 21. Makkah : Percetakan Al-Hukumah, 1969. ms 460.

3. Fatawa Al-Lajnah al-Daa'imah li Al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa Al-Ifta' - 4. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000. ms 111

خيرالأمين