SJ-12-0008 : gelang kaki

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0008 : gelang kaki

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan
apakah hukumnya wanita memakai gelang kaki :confused:setahu saya dlm al-quran ada menyebut tentang larangan menghentakkan kaki iaitu tentang isteri abu lahab,kalau tak silap lee.
biasanya apbl wanita memakai glg kaki pastinya ia berbunyi & ianya merupakan satu sikap menunjuk2.
ana adalah insan yg lemah,bantu& tolonglah saudaramu ini :cool:

:wassalam

re: gelang kaki

:salam

Ayat yg dimaksudkan ialah ayat 31, surah an-Nur:

Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ibn Katsir dalam kitab tafsirnya mengatakan bhw pada zaman jahiliyyah, golongan wanita, apabila mereka berjalan dgn memakai gelang kakinya, mereka akan mengehtak kaki dgn kuat agar diketahui oleh org lelaki. Maka ayat ini menjadi dalil haramnya ke atas perbuatan jahiliyyah ini. Termasuk di dalam keharaman itu termasuklah hiasan lain yg mampu menarik perhatian lelaki. Wangian juga termasuk di dalamnya.

Rasulullah saw bersabda, "Perfume wanita adalah tampak warnanya namun tersembuni baunya..."[Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi. Sahih spt yg ditakhrijkan oleh al-Albani]

Memakai gelang di kaki itu hukumnya harus. Tetapi ia akan menjadi haram jika ia boleh menarik perhatian bukan mahram.

Kesimpulannya, apa yg jelas, keharaman ini adalah krn ia menarik perhatian bukan mahram. WA.

:wassalam

Rujukan

Tafsir Ibn Katsir
Oleh Imam Ibn Katsir

Hijab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa as-Sunnah
oleh Sheikh al-Albani

Rawai'ul Bayan Tafsir Ayatil Ahkam Minal Qur'an Juz 2
oleh Sheikh as-Shabuni

re: SJ-12-0008 : gelang kaki

Assalamu'alaikum. Terima kasih Ust Gayat diatas jawapan diatas. Ibn Mas'ud didalam membicarakan mengenai perhiasan wanita (termasuklah gelang kaki) ada mengatakan :-

ÇáÒíäÉ ÒíäÊÇä : ÒíäÉ ÙÇåÑÉ ¡ æÒíäÉ ÈÇØäÉ áÇ íÑÇåÇ ÅáÇ ÇáÒæÌ ¡ ÝÃãÇ ÇáÒíäÉ ÇáÙÇåÑÉ : ÝÇáËíÇÈ ¡ æÃãÇ ÇáÒíäÉ ÇáÈÇØäÉ : ÝÇáßÍá æÇáÓæÇÑ æÇáÎÇÊã .
"Perhiasan dibahagian 2 jenis : Perhiasan yang Zahir (nampak) dan Batin (tidak nampak) melainkan dilihat oleh suaminya. Maka mengenai perhiasan yang zahir : adalah pakaiaannya. Manakala Perhiasan Tidak Nampak adalah : celak, gelang dan cincin". [tafsir Ibn jarir 18/117].

Al-Hafiz Imam Al-Nawawi didalam Al-Majmu' menyebut :-

ÃÌãÚ ÇáãÓáãæä Úáì Ãäå íÌæÒ ááäÓÇÁ áÈÓ ÃäæÇÚ ÇáÍáí ãä ÇáÝÖÉ æÇáÐåÈ ÌãíÚÇ ßÇáØæÞ æÇáÚÞÏ æÇáÎÇÊã æÇáÓæÇÑ æÇáÎáÎÇá æÇáÏãÇáÌ æÇáÞáÇÆÏ æÇáãÎÇäÞ æßá ãÇ íÊÎÐ Ýí ÇáÚäÞ æÛíÑå æßá ãÇ íÚÊÏä áÈÓå ¡ æáÇ ÎáÇÝ Ýí ÔíÁ ãä åÐÇ
"Telah bersetuju orang Islam bahawa dibenarkan wanita memakai pelbagai jenis perhiasan dari perak dan emas, termasuk semua jenis seperti rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki, dan setiap apa yang di pakai di leher atau mana-mana sahaja, dan semua yang biasa dipakai. Tidak ada khilaf apa-apa mengenainya" - [al-Majmu' 6/40].

Bangle atau gelang dinamakan : Iswaar (ÅÓæÇÑ) atau Suwar (ÓõæóÇÑ). Didalam kamus is bermakna : "Perhiasan yang berbentuk cincin yang besar yang di pakai di lengan atau buku lali". Maka pendapat Ibn Mas'ud ra dan Al-Nawawi rh. juga merujuk keharusan memakai gelang kaki. WA.

wassalam

خيرالأمين