SJ-12-0030: anak mati kecil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0030: anak mati kecil

Assalamu'laikum,

Saya pernah dengar org kata ada hadith yg menyebutkan kelebihan suami isteri yang memperolehi anak yang cukup sifat dan meninggal di waktu kecil (lahir meninggal dsbnya) Boleh tak saya tahu status hadith tu.

SJ-12-0030: anak mati kecil

:salam

saya petik antara hadith2 mengenai kematian anak. dan ia adalah sahih. dlm syarh sahih muslim, misalnya, Imam an-nawawi meletakkan satu tajuk mengenai kematian anak dan terasa kehilangannya (ÝÖá ãä íãæÊ áå æáÏ ÝíÍÊÓÈå ). Antara hadith2nya ialah:

Dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “tidaklah seorang muslim ditimpa kematian dgn 2 orang anaknya akan terjilat api neraka sedikit atau banyak, kecuali sebatas pembayaran dgn sumpah.” (Riwayat As-syaikhan dan Al-Baihaqi)

Rasulullah S.A.W bersabda: “tidaklah dua orang muslim (suami isteri) yg ditimpa kematian 3 orang anaknya yg belum baligh kecuali Allah memasukkan kedua nya kedalam syurgaNya dgn keutamaan dan rahmatNya.” Lebih lanjut rasulullah S.A.W bersabda, “Dan mereka berada di depan pintu dari pintu2 syurga, kmdn dikatakan kpd mereka: ‘masuklah kalian ke dlm syurga.’ Mereka menjawab: ‘kami tidak akan masuk hingga kedua orang tua kami datang.’ Lalu dikatakan kpd mereka: ‘masuklah kaloan semua ke dlm syurga bersama bapa dan ibu kalian dgn keutamaan Allah dan rahmatNya.” (riwayat an-nasa’ie dan al-baihaqi)

Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: “wanita mana saja yg ditimpa kematian 3 orang anaknya menjadikannya sbg tabir penghalang baginya masuk ke dlm neraka. Seorang wanita bertanya, ‘bagaimana pula dgn 2 org anak?’ Baginda S.A.W menjawab, ‘Juga dua orang anak.’ (Riwayat bukhari, muslim dan al-baihaqi)

Boleh click URL di bawah sbg panduan:
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=21389&highlight=kematian

:aklam

Al-maraji':
Syarh Sahih muslim, Imam An-Nawawi
Ahkam janaa'iz wa bid'ihaa, Albani