SJ-12-0037: masalah kawin lari ke thailand

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0037: masalah kawin lari ke thailand

assalamualikummmm saya ada satu masalah yang terbenak di hati ini.;...ianya terjadi pada sepupu saya sendiri...nak tahu hukum sebenar kawein lari ke thailand..apa hukum sebenarnya...sah ke kawin diorang tu??ada dalil tak??cmana pulak kalau mengikut kaedah ahaupu dhururain...kalau balik ke malaysia kena akad balik ker....apa hukum selagi dia bersama...

SJ-12-0037: masalah kawin lari ke thailand

Assalamualaikum,

Pada dasarnya,pernikahan dimana saja tempatnya adalah sah jika mencukupi rukunya.Dalam soal pernikahan diluar negara,pengesahan pernikahan hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Dalam kes Re Wan Norsuria (MT Kuala Terengganu).Hakim memutuskan bahawa pernikahan yang dijalankan oleh Pemohon dan pasangan di Thailand adalah tidak sah menurut hukum syarak(syarat wali tidak dipenuhi).

Perlu dijelaskan pihak Kamakan Islam Haeng Pratet Thai(Komiti Islam Pusat/Kamakan Islam Pracham Changwad(Majlis Agama Islam Wilayah),hanya memberi tauliah kepada beberapa wali hakim sahaja dan bukan kepada semua imam atau individu tertentu (senarai ini boleh didapati dari JAKIM .)Sedangkan amalan pelancong dari Malaysia berkahwin disana tanpa mengambil kira perkara tersebut.