SJ-12-0046: Jawapan untuk anak luar nikah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0046: Jawapan untuk anak luar nikah

Assalamualikum,
Saya telah mempunyai anak seramai enam orang, 3 lelaki 3 perempuan. Baru-baru ini ada yang offer anak luar nikah untuk dipelihara. Jadi saya dan isteri telah menerima anak tersebut untuk dipelihara kerana anak kami yang bongsupun dah nak bersekolah. Anak ini sudahpun disusui (susu badan) oleh isteri saya setelah mendapat nasihat dari doktor dan ubat untuk menghasilkan susu badan. Sudah menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami.

Rasa-rasa permasalahan berkenaan anak luar nikah ni tidak ada masalah lagi bagi saya dan isteri kerana semuanya sudah terjawab dilaman ini. Yang tahu tentang status anak ini cuma beberapa orang sahaja.
Masalah saya ialah: Setelah anak ini (lelaki) dah dewasa apakah jawapan yang sebaiknya untuk saya terang kepadanya. Dari surat beranaknya pun diruangan bapa juga dicatit -tiada maklumat-
Sekurang-kurangnya jawapan dari pihak tuan dapat memberi sedikit idea untuk saya siap jawapannya untuk 10 atau 15 tahun lagi. Buat masa ini kalau ada orang yang bertanya siapa bapa budak ini - jawapannya ialah bapanya telah meninggal.
Jazakallah

Re: Jawapan untuk anak luar nikah

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Antara cara yang paling baik ialah dengan mendidik anak ini dengan sebaik-baiknya. Diberi pelajaran dunia dan akhirat secukup-cukupnya. Agar anak ini kelak menjadi anak yang soleh lagi berpemikiran matang.

Nanti, jika akhirnya dia mendapat tahu statusnya, sudah tentu dia dapat menerima dengan pemikiran matang dan terbuka.

Perlulah dididik bahawa, bahawa bani adam itu adalah sebaik-baik makhluk. Dan kemuliaan di dunia dan akhirat seseoarang itu tidak bergantung pada rupa parasnya. Jalur keturunannya. Apa bangsanya. Harta kekayaannya. Tetapi kemuliaan itu dipandang sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah.

Juga dididik bahawa setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaa fithrah. Suci bersih. Tidak membawa setitikpun dosa dari datuk neneknya.

Dan setiap manusia itu tidak menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh oranglain. Siapa yang melakukan dosa, dialah sendiri yang menanggungnya. Orang lain tidak mungkin akan menanggung dosanya.

Akhirnya, sesungguhnya memelihara anak yang diterlantarkan begini adalah perbuatan yang cukup mulia. Bagaimana tidak dikatakan mulia, kerana ia adalah sebahagian dari perbuatan memelihara nyawa manusia, lebih2 lagi jika di asuh dengan iman dan amal.

Sekian, moga bermanfaat.

:wassalam