SJ-12-0200 : isu wali fasik

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0200 : isu wali fasik

:salam

Bolehkah seseorang lelaki yg memakai subang ( atau ape 2 perhiasan wanita ) menjadi wali utk pernikahan anak perempuannya ? Bukankah die dikategorikan sebagai fasik ? Sedangkan fasik ( yg sy fhm ) tdk boleh menjadi wali...

Bagaimana pula sekiranya die menjadi imam ?

syukran....

SJ-12-0200 : isu wali fasik

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ

ADAKAH SYARAT WALI MESTI ADIL?
Berlaku perselisihan besar antara ulama dalam mensyaratkan adil dan tidak fasik bagi wali nikah.

PERNDAPAT PERTAMA:
Yang sahih dalam mazhab Syafie dan mazhab Hanbali: Disyaratkan wali yg adil. kalau wali fasiq, hak kewalian itu berpindah kepada wali yg lebih jauh.

Syarat ini (sebagimana kata Ibn Abdil Hadi) diambil daripada dua HADIS DHOIF; iaitu:

satu:
Úä ÇÈä ÚÈÇÓ ÞÇá ÞÇá ÑÓæá Çááå áÇ äßÇÍ ÅáÇ Èæáí æÔÇåÏí ÚÏá æÃíãÇ ÇãÑÃÉ ÃäßÍåÇ æáí ãÓÎæØ Úáíå ÝäßÇÍåÇ ÈÇØá
maksudnya: Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua saksi yg adil. mana2 wanita yg dinikahkan oleh wali yg dimurkai, maka nikahnya batal".

Hadis Riwayat:
-Daraqutni 3/221
-Baihaqi dalam Sunan Kubra 7/124

Status:
-Kata Daraqutni: Hadis ini disandarkan kepada Nabi secara marfuk oleh Adiy bin Al-Fadhl, dan org lain tiada seorang pun yg menyandarkannya.
-Kata Baihaqi: Adiy bin al-Fadhl (perawi) adalah dhaif. Yang sahihnya hadis ini mauquf (kata2 Ibn Abbas).
-Kata Ibn Hajar: Adiy adalah perawi dhaif. (Talkhis Habir 3/162).
-Ibn Jauzi menyebut: "Dalam hadis ini ada perawi bernama Adiy. Kata Yahya (Bin Maien): Dia bukan thiqah dan hadisnya tidak ditulis. Kata Abu Hatim al-Razi: Ditinggalkan hadisnya." (AL-Tahqiq 2/292).

dua:
áÇ äßÇÍ ÅáÇ Èæáí ãÑÔÏ æÔÇåÏí ÚÏá
maksudnya: "Tiada nikah melainkan dengan wali yg mursyid, dan dua saksi yg adil".

takhrij:
-Syafie dalam musnadnya m/s 220 daripada Ibn Abbas secara mauquf.
-Baihaqi dalam Sunan Kubra 7/112 daripada jalur Imam Syafie.
-Manakala riwayat secara marfuk (disandar kpd Nabi) adalah dhaif sebagaimana dijelaskan oleh Baihaqi 7/124, Ibn Hajar dalam Talkhis 3/162, Ibn Jauzi dalam al-Tahqiq 2/291.

PENDAPAT KEDUA:
Hanafiyyah dan malikiyyah tidak mensyaratkan sifat adil bagi wali. Dan ini dipilih oleh sebahagian ulama syafie, dan ulama hanbali.

Malahan kata Ibn Taimiyyah: "Kebanyakan fuqaha mengesahkan pernikahan oleh wali yg fasik".
(Majmuk Fatawa 32/66).

dan dipilih juga oleh syeikh Ibn Sa'diy (tok guru Uthaimin), katanya: Yang benar dan diputuskan ialah sifat adil bukanlah syarat bagi wali nikah, maka wali yg fasik boleh menikahkan anak perempuannya. (al-Mukhtarat m/s 4).

PENYELESAIAN
Sekiranya belum berlaku pernikahan, maka si wali yg fasik secara zahirnya hendaklah diminta supaya bertaubat. apabila dia bertaubat, maka sah kewaliannya terhadap anak perempuannya tanpa khilaf.

Sekiranya telah berlaku pernikahan oleh si wali yg fasik secara zahirnya, maka dalam kes sebegini, adalah lebih wajar dipegang pendapat kedua, iaitu SAH NIKAH tersebut, kerana:
-dalil mensyaratkan wali yg adil adalah dhaif.
-kebanyakan ulama mengesahkan pernikahan oleh wali fasik.
-jika dihukum nikahnya batil, banyak mafsadah dan mudarat yg akan menyusul.
-kes sebegini adalah dalam lingkungan ijtihadiyyah, dan tok hakim dan qadhi harus menghukum berdasarkan maslahah selain daripada dalil yg rajih.

wallahu a'lam.

rujukan
-raudhah talibin 7/64
-majmuk fatawa ibn taimiyyah 32/66
-al-Mukhtarat al-Jaliyyah m/s 4
-al-Hawi al-Kabir 9/62

wallahu a'lam

SJ-12-0200 : isu wali fasik

Quote:
Bagaimana pula sekiranya die menjadi imam ?

Pendapat yg sahih ialah: SAH bersembahyang di belakang imam yg fasik. Dalilnya: hadis Abi Zar:

: ÞÇá áí ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ßíÝ ÃäÊ ÅÐÇ ßÇäÊ Úáíß ÃãÑÇÁ íÄÎÑæä ÇáÕáÇÉ Úä æÞÊåÇ Ãæ íãíÊæä ÇáÕáÇÉ Úä æÞÊåÇ ¿ ÞÇá ÞáÊ ÝãÇ ÊÃãÑäí ¿ ÞÇá Õá ÇáÕáÇÉ áæÞÊåÇ ÝÅä ÃÏÑßÊåÇ ãÚåã ÝÕá ÝÅäåÇ áß äÇÝáÉ
Maksudnya:
Kata Nabi SAW: Bagaimana kamu nanti apabila yg memimpin kamu ialah pemimpin2 yg melewatkan sembahyang daripada waktunya, atau mematikan sembayang pada waktunya?
Kata Abu Zar: Apakah arahanmu?
Kata Nabi: "Sembahyanglah sesuatu solat itu pada waktunya. Apabila kamu berhadapan dengan solat bersama2 mereka, maka sembahyanglah. Ia menjadi solat sunat untuk kamu".
HR Muslim 1/448