SJ-12-0283 : Bila si suami melarang berniqab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0283 : Bila si suami melarang berniqab

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35861

aslm wbt

merujuk kepada link di atas.

Bagaimana pula sekiranya si isteri berpegang pada pendapat ulama yang menyatakan bhw wajah adalah aurat?

SJ-12-0283 : Bila si suami melarang berniqab

Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Jawapannya tetap sama....iaitu si isteri wajib mengikut setiap perintah suami atas alasan bahawa perkara memakai niqob adalah perkara khilafiah yang bukan perkara wajib.

Kaedahnya ialah , apabila pemakaian niqob itu merupakan suatu perintah wajib yang disepakati oleh semua / jumhur ulama berdasarkan dalilnya yang qat'ie , maka dalam keadaan demikian si isteri wajib memakai niqob dan perintah suami supaya tidak membenarkannya memakai niqob itu bolehlah diabaikan atas dasar tidak ada ketaatan kepada perkara maksiat / derhaka kepada Allah swt.

Manakala , apabila sesuatu perkara itu merupaka perkara yang diperselisihkan ulama akan kewajibannya , atau perkara yang dihukumkan sebagai sunat , maka si isteri wajib mendahului akan perintah suami , kerana mentaati suami adalah merupakan yang lebih aula dan wajib bagi si isteri.

Berbeza keadaannya bagi perempuan yang belum berkahwin.Mereka boleh memilih untuk mengikut pendapat yang mana satu menjadi pilihannya.Samada ingin memakai niqob atau pun tidak.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com