SJ-12-0300 : Status Pernikahan Dalam Tempoh Perbicaraan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0300 : Status Pernikahan Dalam Tempoh Perbicaraan

:salam

Moga kita dirahmati Allah SWT.

Mohon pencerahan dari persoalan dibawah:

1) Apakah status pernikahan suami-isteri semasa dalam tempoh proses pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suami di luar mahkamah??

2) Sebagai contoh dari peristiwa ini:

- Suami telah melafazkan 'aku lepaskan engkau' pada ketika ia didesak oleh si isteri.
- Lafaz tersebut dikeluarkan pada November 2006.
- Si suami mendakwa lafaz tersebut tidak gugur talak ke atas isterinya
- Si suami turut melafazkan rujuk/kembali kepada isteri takut2 @ risau2 lafaz tersebut gugur talak
- Pada ketika ini, yakni pada bulan Julai 2008 baru si suami hendak membuat pengesahan lafaz cerai yang telah ia lafazkan pada November 2006 di mahkamah.

Soalan saya:

a) Jika lafaz tersebut gugur talak tersebut...sudah pasti ia bermula dari tarikh November 2006, dan si suami turut telah melafazkan rujuk tersebut kepada si isteri...adakah lafaz rujuk si suami itu diiktiraf???

Terima kasih, :wassalam

SJ-12-0300 : Status Pernikahan Dalam Tempoh Perbicaraan

Jawapan kepada soalan yang diboldkan.

Ya rujuk tersebut diktriraf jika mahkamah mendapati wujud perceraian dan perbuatan rujuk tersebut berlaku dalam masa eddah.Boleh dirujuk kes Siti Hawa V Muhamad Redzuan (1990) JH jl 7,ms 180.maknanya Mahkamah akan sahkan jatuh talak dan sekaligus mengesahkan rujuk.Penghakiman dibuat setelah pihak-pihak memberi keterangan di MS.

kelalaian atau kelambatan membuat pengesahan lafaz tak sepatutnya berlaku,undang-undang memberi kan panduan dalam tempoh beberapa segera perlu adukan hal tu biar mahkamah yang membuat penghakiman

(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125—

(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;

(b) merekodkan perceraian itu; dan

(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Peraturan digubal bagi mengelakan kesulitan dan kepayahan dalam urusan ini,jika ada perkara berbangkit kemudian dan bagi tujuan rekod.

S 125 tu-pendakwaan atas kesalahan melafazkan talaq diluar mahkamah-jika disabitkan denda 1k@penjara 6 bulan @ kombinasi keduanya.