SJ-12-0375 : Usia Baby 5 Bulan...Udah lahir...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0375 : Usia Baby 5 Bulan...Udah lahir...

:salam

Moga dirahmati Allah,

Saya berhadapan dengan 1isu...iaitu mengenai baby baru lahir sedangkan usianya baru 5bln 3minggu...ibubapa baby tersebut baru melangsungkan perkahwinan pada tarikh 24/12/2010...baby dilahirkan pada 24/5/2011...saya telah cuba dapatkan pengesahan dari doktor....memang sahih baby ini berusia 23 minggu atau 5bln 3 minggu...dengan berat baby hanya 0.76kg...

Saya cuba cek Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung (Buku Merah)...ibunya last period adalah pada tarikh 25/11/2011...dan dijangka melahirkan baby tersebut pada 02/09/2011...saya cuba dapatkan juga perakuan ibubapa tersebut adakah baby ini baby ini luar nikah...dari perakuan kedua ibubapa tersebut...mereka menyatakan tidak...

Saya husnul zhon dan membuat kesimpulan....ibu tersebut bunting pelamin....hasil dari butiran pengesahan doktor memang munasahah berat dan usia baby tersebut , perakuan ibubapa tersebut dan juga bukti tercatit di Buku Merah tersebut...persetubuhan berlaku selepas akad...anak dalam persetubuhan yang sah cumanya lahir awal..

Mengikut kaedah asal...menurut al-Quran al-Ahqaf-15...baby ini tidak cukup 6bln 2lahzoh...atau 174 @ 176hari..maksudnya dari tarikh nikah ibubapa dan tarikh lahir si baby kena lebih 174 @ a76 hari...baru bleh baby tersebut di bin/bintikan dengan sibapa tersebut...

Persoalannya...

1) bagi kes2 sebeginilah..memang ada perakuan doktor dan bukti2 yang cukup...cumanya Allah kehendakkah baby tersebut lahir awal...dan hidup...sebab 4 bulan baby sudah ditiupkan roh...masih lagi ker terpaksa guna kaedah tersebut??? iaitu kena ikut tarikh nikah ibubapa dan tarikh lahir baby...dan anak ini boleh diiktiraf sebagai sanak sah atau tidak sah taraf??

2) jika anak ke2, ke3, ke4 dan seterusnya...terjadi begini...masih terpaksa gunakan kaedah asal juga ker?? atau baby nie tak bleh dibin/bintikan dengan bapanya...

tolong dapatkan hujahan dari sumber dan pandangan ulamak..terima kasih..

:wassalam

Re: Usia Baby 5 Bulan...Udah lahir...

Wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jawapan 1 : Jumhur berpendapat bahawa jika seorang wanita melahirkan anak 6 bulan atau lebih dari tarikh perkahwinan, maka anak tersebut boleh kaitkan/tsabitkan dengan suaminya dan dianggap anaknya, walau pun wanita tersebut berkahwin tanpa bertaubat atau mengumumkan bahawa dia tidak mengandung, maka anak tadi boleh di binkan dengan suaminya [al-Mughni (7/108), al-Fataawa al-Kubra (3/176)].

Kaedah ini samalah dengan apa yang anda nyatakan diatas . Dalilnya boleh lihat dari fatwa yang dikeluarkan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei, fatwa 11/1999 [1]. Berikut juga adalah 2 tautan yang merujuk kepada fatwa ini :-

1. [FATWA] Bagaimana Menetapkan Anak Itu Sah Taraf Atau Tak Sah Taraf
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6170

2. Tempoh Minimum Hamil (Mengandung) Dan Hubungannya Dengan Penasaban Anak
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=34&Itemid=48

Didalam keadah sains, bayi yang berusia 23 hingga 27 minggu dikategorikan kepada bayi yang berusia 6 bulan[2], dimana bayi yang berusia 23 minggu boleh hidup dengan bantuan Unit Rawatan Rapi. Umur bayi yang anda nyatakan diatas termasuk didalam kategori bayi yang berusia 6 bulan.

Namun demikian, didalam fatwa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perlis[3] yang bertajuk “Menasabkan Anak Kepada Suami Ibu Sekalipun Perkahwinan Kurang Daripada Enam Bulan” membenarkan anak yang kurang 6 bulan di binkan dengan bapanya. Fatwa ini dikatakan tujuan menutup a’ib pasangan tersebut, membantu bapa tersebut meneruskan penghidupan dan menghilangkan perasaan malu tidak berbinkan bapa tersebut.

Dar al-Ifta’ Mesir [4] pernah mengeluarkan fatwa bahawa jika pasangan yang berzina itu melahirkan anak kurang dari 6 bulan, bukanlah menjadi miliknya, melainkan suaminya mengaku bahawa anak ini anak beliau, walaupun dia tidak mendedahkan mempunyai perhubungan dengan wanita tersebut.

Fatwa ini juga tidak lekang dari kritikan dikalangan agamawan yang dikatakan seolah-olah memberi jalan kepada pasangan yang terlanjur menyorokkan perbuatan keji mereka.

Namun demikian, apa yang kita cuba jelaskan disini ialah, secara pengakuan, pasangan tersebut tidak melakukan zina, maka disana masih ada ruang kepada ibu bapa yang melahirkan anak kurang dari 6 bulan berbinkan dengan nama bapanya, dengan syarat bapanya melakukan IKRAR bahawa itu memang anaknya yang sah dan bukan hasil zina. Menurut Dr Ahmad al-Haj al-Kurdi, Ahli Majls Fatwa Kuwait [5]:-

و يشترط لثبوت النسب أيضا من الزوجة أن تلد الزوجة الولد بعد مضي ستة أشهر على الأقل من تاريخ العقد، لأن هذه الفترة هي أقل مدة الحمل، فلو ولدته لأقل منها لا يثبت نسبه منه، إلا أن يقر به الزوج من غير تصريح بأنه منه من الزنا، فإن أقر به ثبت نسبه منه بإقراره
“Disyaratkan juga bagi mentsabitkan nasab, isteri yang melahirkan anak mestilah selepas sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh Aqad Nikah, kerana sesungguhnya ini adalah fitrah / kebiasaan, iaitu kurang sedikit dari tempoh kehamilan, Jika dia melahirkannya kurang dari waktu tersebut, maka nasab tersebut tidak boleh ditsabitkan dengannya, MELAINKAN Suaminya berikrar bahawa ini bukanlah kenyataan atau hasil dari zina, kerana sesungguhnya jika dia berikrar maka tsabit nasabnya dengan ikrar tersebut

Pendapat ini disokong oleh beberapa ulama’ Sunni menurut Abu Zahra didalam judul bukunya On Marriage [ms.388]. Menurut Jamal J Nasir :

Quote:
“A child born in less than 6 months from the time of the marriage is deemed by all the four Sunni schools to be illegitimate. The ithna-Asharis, while concurring in principle, allow a child born under a valid marriage contract less than six months after consummation to be acknowledged by its father if he declared that it was not an offspring on unlawful intercourse, and if he is not known to be telling lie. Some Sunni scholars agree”

[6]

Jawapan 2: Soalan diatas ini hanya merujuk kepada kehamilan pertama selepas perkahwinan, dan bukanlah merujuk kepada kehamilan yang seterusnya [al-Mughni (7/108)].

Kesimpulannya, jumhur berpendapat bahawa 6 bulan merupakan tempoh minima seseorang itu mengandung berdasarkan pengiraan dan fitrah kehamilan itu sendiri. Bagi yang melahirkan anak kurang dari 6 bulan dianggap tidak sah taraf. Namun demikan, disana ada pandangan ulama’ yang membenarkan si-suami berikrar mengaku bahawa ini adalah anaknya, dan mengaku tidak wujudnya persetubuhan haram sebelumnya. Akibat ikrar tersebut, dia boleh menasabkan anak tersebut dengan dirinya (bapa). Malah,dari maklumat sains, minggu 23 ke 27 masih dianggap sebagai kehamilan bulan yang ke 6, menjadikan kita yakin dengan ikrar suami tersebut yang tidak terlibat dalam dosa zina, anak tersebut boleh di nasabkan kepada beliau. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

1. Tempoh Minimum Hamil (Mengandung) Dan Hubungannya Dengan Penasaban Anak
http://www.mufti.gov.bn/fatwa/Fatwa%20pilihan/2010/Bil%2018-2010%20-%20Fatwa%2011%201999%20-%20TEMPOH%20MINIMUM%20HAMIL%20(MENGANDUNG)%20DAN%20HUBUNGANNYA%20DENGAN%20PENASABAN%20ANAK.pdf

2. Pregnancy. http://smartmomma.com/pregnancy/fetal_dev_6.htm

3. Menasabkan Anak Kepada Suami Ibu Sekalipun Perkahwinan Kurang Daripada Enam Bulan
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=42

4. Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir. http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=6331

5. النسب . http://www.islamic-fatwa.net/index.jsp?inc=17&id=64&type=3&cat=7

6. Jamal J Nasir. The Islamic law of personal status . http://books.google.com.my/books?id=N4WmwikqudIC , ms 157.

خيرالأمين