ada yg mengatakan hadith mu'az bin jabal, hadith menceritakan bagaimana mu'az mengambil sumber hukum bila dihantar ke yaman sebagai gabenor, dhaif.
ini adalah kerana taraf quran dan sunnah adalah sama, bukannya quran dulu kemudian barulah sunnah.
saya ingin pastikan kebenaran dakwaan ini, benarkah ustaz? jika benar apakah hujjahnya dan rujukannya? jika salah apakah hujjahnya dan rujukannya?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0012 : hadis mu'az bin jabal - tidak sahih?
Primary tabs
Tue, 11/05/2004 - 11:42pm
#1
SJ-13-0012 : hadis mu'az bin jabal - tidak sahih?
:salam
hadith yg diperbincangkan kesahihannya itu bukan kerana matannya tetapi kerana sanadnya.
Syu’bah berkata: “Abu Auf menceritakan kpdku dari AL-harith bin Umar dari anas salah seorang sahabat mu’az dari mu’az bahawa ketika Rasulullah S.A.W mengutuskan ke Yaman, baginda bertanya, “Apa yg akan perbuat jika dihadapkan kpdmu (suatu persoalan) yg memerlukan keputusan?” Mu’az menjawab, “Aku akan memutuskan dgn apa yg terdapat dlm kitabullah.” Baginda S.A.W bertanya lagi, “bagaimana jika tidak ditemui dlm kitabullah?” Mu’az menjawab, “Aku akan memutuskan berdasarkan berdasarkan sunnah rasulullah.” Baginda bertanya lagi, “Jika hal ituu tidak ditemukan dlm sunnah rasulullah?” Mu’az menjawab, “Aku akan berijtihad dgn akal fikiranku sendiri, tidak kurang tidak lebih.” Maka Rasulullah S.A.W menepuk dadaku seraya bersabda, “Segala puji bagi Allah yg telah memberii taufiq kepada utusanNya Rasulullah S.A.W.”
Peristiwa ini dari riwayat syu’bah dari Abu `Auf dari Al-Harith bin `Amru dari bbrp org sahabat, Mu’az dan hadith ini mendapat tentangan hebat daripada sesetengah ulamak. Ibn Hazm berpendapat hadith mu’az ini tidak benar kerana hadith ini melalui al-harith bin umar al-thaqafi sepupu al-mughirah ibn al-syu’bah. Orgnya tidak ditentukan siapa mereka (Ibtal Al-Qiyas Ibn Hazm, ms 14).
Ulamak hadith tidak menerima sesuatu hadith di antara sanadnya seorang rawi yg tidak diketahui halnya dari `adalah (adil) dann dhabit (kuat ingatan), apatah lagi yg disandarkan kpd org yg tidak dikenali nama mereka atau sifat mereka.
Imam At-Tirmidzi berkata: “Bahawa hadith ini hanya diketahui melalui jalan ini sahaja dan isnad hadith tidak bersambung.” (Al-Siyasah Al-Syari’ah Li As-Syeikh Abdul Rahman, ms 24)
Ibn Qayyim mempertahankan hadith ini walaupun tidak disebut nama sahabat Mu’az namun tidak mencacatkan mutu hadith. Malah menunjukkan bahawa hadith ini sudah terkenal. Al-harith bukan meriwayatkan daripada seorang malah ramai sahabat2 muaz pula memang org yg terkenal dlm bidang ilmu dan agama serta mempunyai beberapa kelebihan dan tidak seorang pun meragui kedudukan mereka. Ada juga ulamak hadith yg berkata, “kalau syu’bah yg meriwayatkan hadith, peganglah hadith itu kuat2.” Abu bakr al-khatib berkata, “Dikatakan bahawa Ubadah bin Nasiy telah meriwayatkan hadith tersebut dari Abdurrahman bin Ghanam dari Mu’az. Hadith yg diriwayatkan oleh Abu Bakr Khatib ini bersambung sanadnya dan para perawinya terkenal dgn ketsiqahannya.” Dgn demikian, AL-Muhaqqiq Ibn Qayyim menganggap sahih hadith yg diriwayatkan oleh para sahabat mu’az. (I’lamul Muwaqi’in 1/243, Jami’ Bayan Al-ilm Wa Fadhlah 2/69)
wallahutaala a'lam
http://www.zayed.com