Assalamualaikum semua,
Saya refer kepada scenario sangkalan astora mengenai jampi dan rukyah yang telah dikembangkan oleh arikel ustad asri kalau tak silap saya dalam antiastora. Saya ingin mendapati penerangan lanjut secara ringkas mengenai contoh doa/jampi yang dibolehkan dalam ilmu ruqyah ini. Setahu saya ada juga terdapat penyalahgunaan ayat quran untuk jampi ni termasuk penggunaan syirik/jin untuk perubatan.
JKK
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Zubayr_72 dengan kadar kemampuan sedikit yang kami ada, Insyaallah.
Persoalan ruqyah ini sudah banyak dijawab oleh ahli panel al-ahkam terutamanya Ustaz thtl dan Ustaz Pendekar. Sdr boleh menggunakan fungsi SEARCH, dan di medan Search for Keywords: taipkan Ruqyah OR Jampi, dan di medan Forum pilih ARKIB jawapan SoalJawab Feqh, insyaallah anda akan mendapat lebih dari 20 hits.
'Ala kulli hal, saya akan cuba memaparkan beberapa contoh-contoh yang saya ambil dari Kitab Riyaadhu Al-Shaalihiin (ÑíÇÖ ÇáÕÇáÍíä) karangan Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam Bab Do'a untuk orang sakit (ÈÇÈ ãÇ íÏÚì Èå ááãÑíÖ) bagi membuktikan bahawa sesungguhnya jampi atau al-Ruqyah (ÇáÑÞíÉ)diperbolehkan didalam Islam.
(a) Siapa yang boleh menjampi?
Orang yang menJampi pesakit digelar sebagai al-RAAQI (ÇáÑÇÞí). Apakah syarat-syarat seorang Raaqi? Menurut Sheikh Ibn Jibreen :
(b) Syarat Jampi yang dibenarkan didalam Islam?
Syarat jampi ini telah dibicarakan didalam Fathul Bari 10/195, Fatwa Bin Baaz dan lain-lain. Diantara syarat-syarat jampi menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bahawa ulama' membenarkan jampi dengan 3 syarat, iaitu :
æËÇäíðÇ: Ãä Êßæä ÈÇááÓÇä ÇáÚÑÈí æãÇ íÝåã ãÚäÇå.
æËÇáËðÇ: Ãä íÚÊÞÏ ÃäåÇ áÇ ÊÄËÑ ÈÐÇÊåÇ Èá ÈÊÞÏíÑ Çááå ÊÚÇáì.
2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya
3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mus'asyirah, 1/189].
Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya dan bebas dari unsur-unsur syirik.
(c) Contoh-contoh jampi dari hadith Nabi saw.
Anda boleh merujuk kepada kitab Riyaadhu Al-Shaalihiin hadith dibawah ini dengan menggunakan nombor hadith tersebut (saya meninggalkan hadith terakhir (909) didalam bab ini).
----------
Dari hadith diatas, pelbagai kaedah menjampi yang dapat kita lihat, seperti :-
1. Mengesat jari diatas tanah lalu meniup seperti meludahkan sedikit, dan menyapukan keatas luka. (Hadith #901).
2. Menyapu ketempat yang sakit sambil membaca do'a (Hadith #902 dan #905).
3. Mendoa'kan keatas pesakit,
4. Ruqyah Jibril digunakan oleh Raaqi keatas mereka yg diganggu jin (Majmu' fatawa Abdul Aziz Bin Baaz, 2/640 : bab Hukum Sihir dan Pembomohan dan apa yang bersangkutan dengannya).
------------------
Kesimpulannya Islam membenarkan ruqyah, akan tetapi sikap kita tidak lah gulw (melampau). Bagi penyakit yang dikenal pasti, hendaklah kita berdo'a dan berikhtiyar dengan mencari Doktor yang pakar didalam rawatan penyakit tersebut. Islam meletakkan beberapa syarat bagi setiap jampi/ruqyah dan Nabi saw diriwayatkan pada contoh hadith diatas pernah melakukan ruqyah keatas orang yang sakit. WA.
wassalam.
=============
Rujukan
1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001. ms 189-192.
2. Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi. Riyaadhu Al-Shaalihiin . Beirut : Dar Al-Fikr, 1994. ms 172.
3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa bin Baaz - 2. Riyad : Dar Al-Watan, 1996. ms645.
خيرالأمين