SJ-13-0019 : MENJUNJUNG AL-QURAN ??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0019 : MENJUNJUNG AL-QURAN ??

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

Apa pandangan Islam mengenai besumpah dgn menjunjung al-Quran?? adakah terdapat nas berhubung perbuatan tersebut??

WA

re: SJ-13-0019 : MENJUNJUNG AL-QURAN ??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seorang Islam itu hanya boleh bersumpah dengan nama Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw :

من كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت
"Barangsiapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah atau berdiam diri"

Memegang Mushaf (Al-Quran) semasa bersumpah bukanlah merupakan salah satu syarat sumpah. Akan tetapi tidaklah menjadi masalah jika semasa ia bersumpah, tangannya memegang al-Quran, kerana al-Quran adalah merupakan Kalam Allah dan ia merupakan salah satu dari sifat Allah. Scenario ini dapat kita lihat didalam masalah yang melibatkan mahkamah bukan Islam yang memerlukan seseorang itu bersumpah menggunakan kitab suci. Berikut adalah contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Fataawaa al-Majma' al-Fiqhi al-Islami :-
.

إذا كان القضاء في بلد ما حكمه غير إسلامي يوجب على من توجهت عليه اليمين وضع يده على التوراة أو الإنجيل أو كليهما فعلى المسلم أن يطلب من المحكمة أن يحلف بالله ولا بأس أن يقسم بالقرآن الكريم لأنه كلام الله تعالى وهو صفة من صفاته ، فإن لم يُستجب لطلبه وأُجبر على الحلف بالتوراة أو الإنجيل فإنّه يُعتبر مكرهاً ، ولا بأس عليه أن يضع يده عليهما أو على أحدهما دون أن ينوي بذلك تعظيماً . والله أعلم
"Jika sistem didalam sebuah negara tidak memerintah menggunakan undang-undang Islam yang memerlukan seseorang itu mengangkat sumpah meletakkan tangannya diatas Kitab Taurat atau Injil, atau kedua-duanya sekali, maka seorang Islam itu hendaklah meminta mahkamah agar dia boleh bersumpah dengan Nama Allah. Dan Tidaklah menjadi masalah jika seseorang itu bersumpah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran ialah Perkataan Allah (Kalam Allah) dan ia adalah salah satu dari sifat Allah. Dan jika mahkamah tidak membenarkan permintaan tersebut, dan dia terpaksa bersumpah dengan Taurat dan Injil, maka ini dianggap s ebagai paksaan, maka tidaklah ada dosa bagi seseorang itu meletekkan tangannya keatas salah satu atau kedua-duanya sekali selama-mana dia tidak berniat memuliakan apa yang dilakukan. Wallahu'alam"

wassalam

خيرالأمين