SJ-13-0126 : Perkara Makruh

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0126 : Perkara Makruh

:salam
Ahli panel dan sahabat yang dihormati..

Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan hukum melakukan perkara makruh secara berterusan. Apa yang saya dengar adalah haram tetapi tidak saya temukan hujahnya. Bolehkah ahli panel membantu saya?

Saya juga ada terbaca yang makruh ini terbahagi kepada makruh-e-tahrimi dan makruh-e-tanzihi. Benarkah ada pembahagian begitu?

Sekian, jazaakumullahukhair.

SJ-13-0126 : Perkara Makruh

:salam

Ana lampirkan petikan dr Fiqh al-awlawiyyat karya Dr YQ:

MAKRUH

BAGIAN paling rendah dalam rangkaian perkara-perkara yang dilarang adalah perkara makruh; yaitu makruh tanzihi. Sebagaimana diketahui, makruh ini ada dua macam; makruh tahrimi dan makruh tanzihi. Makruh tahrimi ialah perkara makruh yang lebih dekat kepada haram; sedangkan makruh tanzihi ialah yang lebih dekat kepada halal. Dan itulah yang dimaksudkan dengan istilah makruh pada umumnya.

Banyak sekali contoh yang kita kenal dalam perkara ini. Barangsiapa yang pernah membaca buku Riyadh as-Shalihin, yang ditulis oleh Imam Nawawi, maka dia akan dapat menemukan berbagai contoh tentang perkara yang makruh ini. Seperti makruhnya orang yang makan sambil bersandar, minum dari bawah bejana air, meniup minuman, beristinja' dengan tangan kanan, memegang farji dengan tangan kanan tanpa adanya uzur, berjalan dengan satu sandal, bertengkar di masjid dan mengangkat suara di dalamnya, berbisik di masjid pada hari Jumat ketika imam sedang berkhotbah, membesar-besarkan suara ketika berbicara, mengucapkan doa, "Ya Allah ampunilah dosaku kalau engkau mau.""Kalau Allah dan Fulan menghendaki", berbincang-bincang setelah makan malam yang paling akhir, shalat ketika makanan sudah dihidangkan, mengkhususkan hari Jumat untuk berpuasa, atau untuk melakukan Qiyamul Lail.

Perkara yang makruh --sebagaimana didefinisikan oleh para ulama-- ialah perkara yang apabila ditinggalkan kita mendapatkan pahala, dan apabila dikerjakan tidak mendapatkan dosa.

Oleh karena itu, tidak ada siksa bagi orang yang melakukan perkara yang dianggap makruh tanzihi. Hanya saja, ia akan dikecam apabila melakukan sesuatu yang pantas mendapatkan kecaman apalagi jika ia melakukannya berulang-ulang.

Akan tetapi, kita tidak perlu menganggap mungkar tindakan semacan ini (makruh tanzihi); agar mereka tidak terjebak dalam kesibukan memerangi hal-hal yang makruh padahal di saat yang sama mereka sedang melakukan hal-hal yang jelas diharamkan oleh agama.

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Prioritas/Makruh.html

:wassalam

SJ-13-0126 : Perkara Makruh

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat. Sedikit tambahan :-

Makruh (ßóÑöåó) / Karaha dari segi bahasa bermakna 'membenci'; maknanya sesuatu yang dibenci oleh syara'. Benar, terdapat 2 pembahagian Makruh :

a. Makruh Tanzihan - Merujuk kepada perbuatan yang lebih hampir kepada HARUS dan ia berlawanan dengan MUSTAHAB (sunnat yang digalakkan). Tidak dijanjikan hukuman kepada sesiapa yang melakukannya. eg: membazir semasa ambil wudhu', tidak mencuci gigi semasa wudhu' dsb.

b) Makruh Tahriman - Merujuk kepada perbuatan yang lebih hampir kepada HARAM dan ia berlawanan dengan maksud WAJIB. Makruh tahrim iaitu hukum yang disabitkan dengan dalil ZHANNI yang boleh dibuat takwilan. Berbeza dengan HARAM, ia disabitkan dengan dalil QATHIE yang tidak boleh di takwilkan. eg: berjual-beli semasa azan Jumaat, menggunakan perkakasan makanan dibuat dari emas dan perak dsb.

Sekian, wassalam

خيرالأمين