SJ-13-0130 : persoalan majlis sosial

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0130 : persoalan majlis sosial

assalamualaikum wrt.,

moga semua netters di dalam rahmat Allah swt.,

Di sini saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan majlis2 sosial. Apakah pandangan islam di dalam 2 situasi di bawah:-

1) Orang2 islam menjadi penganjur/pembantu penganjur utk satu majlis makan malam utk semua malaysian di luar negara. Kemudian, selepas majlis tersebut akan ada majlis tari-menari dan minum2 arak. Adakah orang islam tersebut akan share sket saham dosa kerana menyediakan platform utk majlis maksiat tersebut. Di dalam majlis tersebut juga, semua kaum akan membuat persembahan kebudayaan masing2. Cthnya, kaum india dengan tarian bollywood, sari dan bukak pusat.

2) Orang2 islam yg datang ke majlis2 tersebut.

sekian,wassalam

SJ-13-0130 : persoalan majlis sosial

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr badai dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

Islam telah meletakkan garis panduannya bagi sesiapa yang ingin menyahut ajakkan atau menyertai sesuatu majlis. Misalan; bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh meletakkan beberapa syarat, iaitu :-

1. Tidak wujudnya sebarang perkara mungkar didalam majlis yang diadakah. Jika terdapat sesuatu yang bertentangan dan kemungkinan dia dapat mencegahnya, maka menjadi kewajiban seseorang itu menyertainya dengan 2 alasan, iaitu menerima undangan tersebut dan mengubah kemungkaran. Jika tidak berupaya mencegahnya, maka haram menyertai majlis tersebut.

2. Orang yang menjemput itu sendiri bukanlah orang yang wajib atau sunat dielakkan (mereka yang membuat dosa terang-terangan).

3. Orang yang menjemputnya mestilah seorang Islam. Jika tidak, adalah tidak wajib menerima jemputan tersebut.

4. Makanan yang dihidangkan mestilah halal dimakan.

5. Menyahut jemputan hendaklah tidak mengatasi tugas yang lebih penting.

6. Jemputan tersebut tidak menyusahkan orang yang dijemput. Misalan, jika dia perlu bermusafir atau meninggalkan keluarga yang memerlukan dia disana, dsb. (Ibn. Utsaimin, al-Qaul al-Mufeed, 3/111).

Jelas disini bahawa apabila berlakunya pertembungan diantara Majlis yang mempunyai percampuran acara halal dan haram, maka 2 perkara boleh dilakukan :

a. Pergi ke Majlis tersebut, dan mengubah atau menghalang kemungkaran (jika mampu).
b. Tidak hadir di Majlis tersebut (atau didalam scenario diatas, tinggalkan majlis tersebut sebelum bermulanya majlis yang bercampur maksiat).

Firman Allah swt :-

æóÞóÏú äóÒøóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáúßöÊóÇÈö Ãóäú ÅöÐóÇ ÓóãöÚúÊõãú ÂíóÇÊö Çááøóåö íõßúÝóÑõ ÈöåóÇ æóíõÓúÊóåúÒóÃõ ÈöåóÇ ÝóáóÇ ÊóÞúÚõÏõæÇ ãóÚóåõãú ÍóÊøóì íóÎõæÖõæÇ Ýöí ÍóÏöíËò ÛóíúÑöåö Åöäøóßõãú ÅöÐðÇ ãöËúáõåõãú Åöäøó Çááøóåó ÌóÇãöÚõ ÇáúãõäóÇÝöÞöíäó æóÇáúßóÇÝöÑöíäó Ýöí Ìóåóäøóãó ÌóãöíÚðÇ
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. " - [al-Nisa’ 4:140]

Al-Qurthubi rh didalam tafsirnya menjelaskan :-

Þæáå ÊÚÇáì : ( ÝáÇ ÊÞÚÏæÇ ãÚåã ÍÊì íÎæÖæÇ Ýí ÍÏíË ÛíÑå ) Ãí ÛíÑ ÇáßÝÑ , ( Åäßã ÅÐÇ ãËáåã ) : ÝÏá ÈåÐÇ Úáì æÌæÈ ÇÌÊäÇÈ ÃÕÍÇÈ ÇáãÚÇÕí ÅÐÇ ÙåÑ ãäåã ãäßÑ º áÃä ãä áã íÌÊäÈåã ÝÞÏ ÑÖí ÝÚáåã ¡ æÇáÑÖÇ ÈÇáßÝÑ ßÝÑ . ÞÇá Çááå ÚÒ æÌá : ( Åäßã ÅÐÇ ãËáåã ) Ýßá ãä ÌáÓ Ýí ãÌáÓ ãÚÕíÉ ¡ æáã íäßÑ Úáíåã íßæä ãÚåã Ýí ÇáæÒÑ ÓæÇÁ .

æíäÈÛí Ãä íäßÑ Úáíåã ÅÐÇ ÊßáãæÇ ÈÇáãÚÕíÉ æÚãáæÇ ÈåÇ ÝÅä áã íÞÏÑ Úáì ÇáäßíÑ Úáíåã ÝíäÈÛí Ãä íÞæã Úäåã ÍÊì áÇ íßæä ãä Ãåá åÐå ÇáÂíÉ
"Firman Allah swt : (öÝóáóÇ ÊóÞúÚõÏõæÇ ãóÚóåõãú ÍóÊøóì íóÎõæÖõæÇ Ýöí ÍóÏöíËò ÛóíúÑöå - "maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain") - bermaksud bercakap selain dari kufr; (úÅöäøóßõãú ÅöÐðÇ ãöËúáõåõã - "kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka." - Ini menunjukkan bahawa adalah wajib mengelakkan/menjauhi mereka yang melibatkan diri dengan dosa jika mereka terang-terangan melakukan mungkar! Kerana sesungguh sesiapa yang tidak menjauhinya sebenarnya meredhakan perbuatan mereka, REDHA dengan KUFUR itu sendiri adalah KUFUR. Allah swt berkata (Åöäøóßõãú ÅöÐðÇ ãöËúáõåõãú - "kerana sesungguhnya, tentulah kamu sama seperti mereka."). Maka barangsiapa yang duduk didalam satu majlis dimana dosa dilakukan dan tidak menegahnya, maka keatasnya bebanan dosa yang sama seperti mereka.

Mereka hendaklah dicegah jika bercakap atau melakukan perkara2 maksiat, kerana jika seseorang tidak boleh mencegah mereka, maka hendaklah dia bangun dan meninggalkan mereka, agar dia tidak menjadi salah seorang dari mereka yang disebut didalam ayat diatas" [tamat tafsir al-Qurthubi].

Kesimpulan : Surah al-Nisa':140 jelas menunjukkan bahawa orang2 Islam tidak boleh bercampur dengan majlis2 yang bercampur maksiat. Maka apabila maksiat berlaku; bagi mereka yang boleh mencegahnya, maka bolehlah dia melakukan. Bagi yang tidak berupaya mencegahnya, hendaklah dia meninggalkan majlis tersebut. Kerana 'Redha akan Maksiat itu sendiri merupakan Maksiat', maka tergolonglah orang2 yang didalam majlis maksiat tersebut sama seperti pelaku-pelaku maksiat. Moga-moga kita dilingungi Allah!! Amin. WA.

wassalam

خيرالأمين