AsSalamu'alaykum
berdsrkan soal jwab feqh mengenai perbezaan surau dan masjid, sy difahamkan menurut pendpt para ulama'dan mufti2 di malaysia bahawa:
Surau: x didirikan solat jumaat dan wanita berhaidh dibenarkan masuk ke dlmnya.
masjid: didirikan solat jumaat di dalmnya dan wanita berhaidh x dibenarkan masuk ke dlmnya.
soalan saya, bagaimanakah jika surau tersebut dinaik taraf? cthnya di kolej saya sendiri, solat jumaat didirikan di Surau kolej. saya keliru di sini, adakah surau ini dikira masjid atau tidak?
seminggu sekali ceramah yg wajib dihadiri oleh semua pelajar diadakan di surau tersebut. dan para pelajar perempuan diwajibkan utk masuk ke dlm surau tersebut termasuk permpuan yg berhaidh.
saya mohon komentar dr yg arif mengenai perkara ini.
:wassalam
Definasi surau dan mesjid itu bukanlah muktamad. Ia cuma dari sudut pentadbiran majlis agama sahaja. Tidak ada suatu keketetapan pemutus (qat'iy) dalam syara' akan definasi ini kerana mesjid termasuk surau dan musalla semuanya dikira mesjid (tempat sujud), ini kerana jika tempat itu dijadikan tempat utk orang solat, maka ia adalah mesjid (sayyid sabiq, Fiqh sunnah)
Surau kolej anda itu sebenarnya sudah menjadi mesjid yang formal mengikut pentadbiran agama dan adat Malaysia kerana sudah diberi tauliyah mengadakan solat Juma'at.
Mengenai adanya pelajar wanita yang haidh menghadiri kuliah agama, hal ini dibolehkan dalam madzhab Syafi'iy sendiri jika ada alasan yang kukuh (menuntut ilmu) dan kekhuatiran darah tidak bocor. Juga dalam madzhab hanbali dgn syarat berwudhu' terlebih dulu; ini juga pendapat Imam al-Albani (Tamam alMinnah) dan Prof Dr al-Imam Yusof alQardhawi (Fiqh atTaharah). sekian