:salam
Ada sahabat e-mail kepada saya..sudah search for the issue tapi tak jumpa. Betul kah sedemakian, rasanya tak betul. Wallahhualam
Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah jika salah bacaan
Assalamualaikum,
Semoga boleh dimanfaatkan. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Didahuluai dgn ucapan Terima kasih kpd Ustaz sekalian
:wassalam
:wassalam
alJawab:
Kami tidak mengetahui akan keujudan nama-nama syaithan spt yg disenaraikan itu dalam surah al-Fatihah. Setakat yang kami pelajari tafsir, hadith, atau fiqih, ini kali pertama kami mendengar nama-nama syaithan tsb. Kalau dinyatakan sumber rujukannya maka mudahlah kami menyimaknya. WA