SJ-13-0162 : apekah warna islam hijau atau hitam????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0162 : apekah warna islam hijau atau hitam????

setiap kaum atau gerakan ade warna kebangsaan mereka.

utk islam apakah warna tersebut?

hijau dikatakan warna selimut nabi.

tapi seorang alim kata warna islam ialah hitam.

di al- ahkam anda iktiraf warna ape???

SJ-13-0162 : apekah warna islam hijau atau hitam????

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ISLAMUNTUKSEMUA dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Asal warna dalam Islam ini harus. Kalau warna itu esklusif hanya kepada orang kufar, maka Islam tidak membenarkan umatnya meyerupai kaum tersebut. Sabda Nabi :saw :

ãä ÊÔÈå ÈÞæã Ýåæ ãäåã
"Barangsiapa yang menyerupai/meniru sesuatu kaum, maka dia adalah salah seorang dari mereka" [Hadith riwayat Abu Daud #4031; dikelaskan oleh al-Hafiz al-Iraaqi didalam Takhrij Ihya' Ulum al-Diin (1/342) sebagai sahih].

Warna putih merupakan warna yang digalakkan (mustahab) didalam Islam. Dari Ibn Abbas berkata :Rasulullah :saw bersabda :

ÇáÈÓæÇ ãä ËíÇÈßã ÇáÈíÇÖ ÝÅäåÇ ãä ÎíÑ ËíÇÈßã æßÝäæÇ ÝíåÇ ãæÊÇßã
"Kamu pakailah pakaian2 dari warna putih, kerana sesungguhnya ia merupakan pakaian kamu yang terbaik, dan kapanlah kamu yang mati dengannya" [hadith riwayat al-Tirmudzi #994, hadith Hasan Sahih. Inilah yang dianggap hukumnya mustahab (digalakkan) oleh ahli ilmu, dan Abu Daud #4061 dan Ibn Maajah (1472).

Lihat sahajalah kepada pakaian Ihram, kain kapan, jubah2 ulama', warna baju resmi pegawai2 kerajaan negera2 Arab; Saudi contohnya; semuanya berwarna putih.

Warna pilihan al-Ahkam - ini kena tanya Ustaz ZainYs. Beliaulah yang mewarnai laman web al-ahkam. WA.

wassalam

خيرالأمين