:salam
Setahu saya lelaki islam diharamkan memakai cincin emas, tapi dalam sebuah kuliah hadith di masjid tempat saya seorang ustaz mengajar bahawa lelaki islam diharamkan memakai cincin emas dan perak. Ingin dapat pencerahan dari ustaz di al-ahkam.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr IbnAbdHalim dengan kadar yang termampu, Insya-Allah.
Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi :saw pernah memakainya. Anas ra, berkata :-
Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
Malah ada dikalangan ulama' yang mengatakan sunnah bagi lelaki memakai cincin perak berdasar dalil diatas.
Mungkin (saya rasa) yang dimaksudkan oleh Ustaz tersebut adalah bijana yang digunakan untuk minuman di perbuat dari emas atau perak. Dari Huzaifah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-
Berkata Imam al-Nawawi didalam Minhaj: "Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan."
Kesimpulannya - cincin emas adalah haram untuk lelaki dan selain darinya diperbolehkan, termasuklah cincin perak. Nabi :saw sendiri menggunakan cincin perak sebagai chop mohornya. Cuma Ibn Utsaimin memberi nasihat bahawa memakai cincin ini bukanlah bertujuan menunjuk-tunjuk atau berlebihan, dan memakainya tidak menimbulkan fitnah. Yang dilarang secara mutlak emas dan perak ialah pada bijana yang diperbuat dari emas dan perak.
Sekian, wassalam
خيرالأمين