SJ-13-0212 : Hukum Memandulkan Kucing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0212 : Hukum Memandulkan Kucing

:salam

Lama sungguh tak jenguk Al-Ahkam ni.. Macam-macam perubahan yang dah berlaku..

Kembali kepada soalan, merujuk kepada Jawapan Ustaz Pendekar menjawab kepada persoalan saya, tak salah saya dalam tahun lepas, saya ada terbaca fatwa dari Jakim dalam suratkhabar yang membenarkan Pemandulan Kucing. Bolehkah saya mendapat penjelasan yang lebih berhubung dengan permasalahan ini.

Tak salah saya antara alasan yang diberikan dalam paper tu adalah untuk mengelakkan kita memukul kucing akibat menjadi 'miang' etc

SJ-13-0212 : Hukum Memandulkan Kucing

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih kerana masih mengunjungi al-Ahkam. Kami akan cuba menjawab soalan tokusa dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan,

Ulama' berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan binatang.

a. Mazhab Hanafi tidak menghalang perbuatan memandulkan binatang kerana ia mendatang munafaat kepada binatang dan manusia.
b. Mazhab Maliki membenarkan hanya kepada binatang yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.
c. Mazhab Syafie mengatakan diperbolehkan memandulkan binatang yang dagingnya boleh dimakan semasa binatang tersebut masih kecil sahaja.
d. Mazhab Hanbali membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.
e. Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.

Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syiekh Utsaimin rh. pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh didalam tidurnya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-

ÅÐÇ ßÇäÊ ÇáÚãáíÉ áÇ ÊÄÐíåÇ ÝáÇ ÍÑÌ ¡ áÃä åÐÇ Ãæáì ãä ÞÊáåÇ ÈÚÏ ÎáÞåÇ
dir="ltr">"Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta"

Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).

Sudut yang di lihat oleh Ustaz Pendekar adalah dari aspek hukum asal memandulkan kucing. Akan tetapi jika terdapat suasana yang memudaratkannya, seperti terpaksa menghantar kucing ke SPCA untuk di 'tidurkan' misalnya, maka memandulkan kucing dibenarkan pada ketika itu, dengan syarat ia tidak menyakitkan atau mencederakannya. Sebaik2nya, biarlah kucing itu hidup secara 'natural', atau dilepaskan sahaja dari peliharaan.

Sekian, wassalam

خيرالأمين