SJ-13-0229 : apakah hukum belajar bahasa arab?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0229 : apakah hukum belajar bahasa arab?

simple question, apakah hukum belajar bahasa arab , adakah ia fardhu ain atau fardhu kifayah kerana bahasa arab adalah kunci kepada ilmu agama dan bahasa quran. terima kasih.

SJ-13-0229 : apakah hukum belajar bahasa arab?

:salam

Mempelajari arab dgn erti kata mempelajari membaca al-Qur'an, dan bacaan2 dalam solat adalah fardhu ain. Setiap muslim hendaklah mempelajarinya.

Adapun mempelajari arab selain dari perkara di atas, maka ia tidaklah wajib bagi org awam. Apatah lagi ilmu2 islam kini telahpun byk diterjemahkan ke dalam bahasa2 yg lain. Dan mewajibkan semua muslim mempelajari bahasa arab boleh membebankan umat Islam, apatah lagi rata2 umat Islam kini begitu jauh dgn ruh Islam itu sendiri. Dan akhirnya jika diwajibkan, takut2 mereka akan lebih jauh dari Islam. Sedangkan kepelbagaian bahasa ini sebenarnya merupakan tanda kekuasaan Allah. Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 22:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.

Namun, kpd para pendakwah, ustaz, ulama' etc. adalah menjadi kewajipan mereka utk mempelajari bahasa Arab. Krn byknya sumber asal ilmu itu berbahasa Arab. Meskipun ada terjemahan, tetapi kadang-kala terjemahan itu berlaku kesalahan di dalamnya atas beberapa faktor. Di samping itu, byk lagi kitab2 induk dan muktabar yg belum diterjemahkan. Maka, sebagai pendidik agama Islam, tidak dapat tidak, mereka perlu mendalami bahasa arab bagi menyampaikan ilmu yg shih kpd ummah.

WA.

:wassalam