isteri saya mengatakan kainnya semuanya dah ketat,
maka dengan berseloroh saya berkata "dah bontot keluarganya besar-besar belaka".
adakah berlakunya zihar disini, tolong bagi penjelasan.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0322 : Menyamakan isteri dengan keluarganya, zihar?
Primary tabs
Tue, 25/11/2008 - 11:09pm
#1
SJ-13-0322 : Menyamakan isteri dengan keluarganya, zihar?
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Zihar ialah seseorang suami menyamakan isterinya dengan ibunya (atau wanita mahram lain) dari sudut haramnya istimta'.
Ia dianggap oleh masyarakat Arab Jahiliyyah dulu sebagai satu bentuk perceraian, sebagaimana dinukilkan daripada Tawus, Abu Qilabah dan lain-lain. (Musannaf Abd Razzaq 6/422, dan Tafsir Tabari 22/456).
Maka zihar berlaku dalam konteks seseorang suami mahu mengharamkan si isteri daripada dinikmati atau disetubuhi, sebagaimana haram menyetubuhi atau bersedap2an dengan ibu atau mahram. Bukan menyamakan dari sudut persamaan lahiriyyah atau persamaan sifat.
Maka, apa yang disebut dalam soalan bukanlah satu bentuk zihar. Apatah lagi, si suami itu menyamakan isterinya dengan keluarga isterinya, bukan dengan mahram suami.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com