SJ-13-0448 : Belajar bermain muzik tidak Islamik

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0448 : Belajar bermain muzik tidak Islamik

:salam

Anak saya sedang mempelajari piano/violin di sebuah pusat muzik klasikal yang berdekatan. Masalahnya, silabusnya antara lain mengandungi skor/tune berasal drpd karya2 klasikal yg berunsur tidak Islamik, spt lagu 'Jesus Joy', 'Christmas', dsb. Adakah boleh anak saya meneruskan pelajaran tsb, sekalipun dia tidak menghayati mahupun menyanyikan senikata/mesej lagu2 tsb, yakni hanya sekadar memainkan iramanya?

jzk

SJ-13-0448 : Belajar bermain muzik tidak Islamik

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Secara dasarnya , setiap perkara yang tidak terdapat dalil yang melarang daripada dilakukan , maka hukum asalnya kembali kepada harus / dibolehkan.

Walaubagaimana pun perlu dilihat juga sejauh mana perkara yang ingin dilakukan itu tidak mejerumuskan kita kepada perkara-perkara yang haram dan boleh merosakkan akidah.Sekiranya dengan belajar bermain skor/tune berasal drpd karya2 klasikal yg berunsur tidak Islamik itu boleh menjerumuskan anak saudara itu kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah maka ianya akan bertukar kepada hukum haram dan wajib untuk ditinggalkan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com