SJ-13-0485 : Ambil Berkat Air Tok Guru

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0485 : Ambil Berkat Air Tok Guru

Apa pandangan panel2 ahkam.net tentang amalan student2 pondok yg minum air basuhan tangan tok guru selepas makan. diorg kata berkat..

SJ-13-0485 : Ambil Berkat Air Tok Guru

Salam....

Secara ringkasnya , amalan tersebut tidak terdapat sandarannya dalam Islam.Lebih-lebih lagi bila dikatakan bahawa keberkatan akan dapat diperolehi dengan hanya meminum air basuhan tangan mana-mana individu yang dianggap sebagai guru , wali dan sebagainya.

Bukankah perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan individu yang meminumnya??......

Kebiasaannya masyarakat akan cuba berebut-rebut untuk bersalam-salaman dengan tuan-tuan guru , para ustaz dan alim ulama dengan tujuan untuk mengambil berkat @ barakah dari individu tersebut.Walaubagaimana pun , keberkatan yang dimaksudkan itu ialah bermaksud hanya untuk melahirkan ukhuwwah dan merapatkan lagi hubungan sesama muslimin.Ini kerana , seseorang itu tidak boleh memberikan keberkatan kepada orang lain malahan kita juga disuruh untuk memohon keberkatan dalam kehidupan seharian kita hanyalah kepada Allah swt.

Para Ulama juga telah sepakat mengatakan bahawa hanya batang tubuh Rasulullah saw sahaja yang dibolehkan untuk diambil berkat @ barakah daripadanya seperti melalui sentuhannya, air wudhuknya, rambutnya, peluhnya, pakaiannya, dan lain-lain. Kerana perbuatan ini diamalkan oleh para sahabat pada zaman baginda, dan sabit dalam hadis-hadis yang mutawatir.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com