:salam
Panel fuqaha AAN akromakumullah,
Soalan saya: Bagaimanakah kedudukan ganjaran amalan seseorang budak yang belum mencapai umur baligh, adakah dia menanggung dosanya sekiranya melakukan sesuatu perbuatan maksiat dan mendapat pahala atas amal solehnya sepertimana seorang mukallaf?
Syukran lakum wa jazakumullahu ahsanal jazak..
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Dari sudut dosa, kanak-kanak yang belum baligh tidak menanggung dosa, kerana dia bukan mukallaf. Rasulullah Sallallhu Alaihi Wasallam bersabda:
"Diangkat pena (tidak ditulis dosa, atau tidak dihukum mukallaf) daripada tiga golongan; iaitu kanak-kanak sehingga dia dewasa/baligh...".
Direkod oleh Abu Daud (no: 4400), Nasaie (no: 3432), Ibn Majah (no: 2041).
Dari sudut pahala, amalan soleh yang dilakukan oleh kanak-kanak diberikan ganjaran kepadanya, bukan kepada orang lain. Dan diberikan juga pahala kepada mereka yang mendidik dan mengajarnya melakukan amalan soleh itu.
Dalilnya: Ibn Abbas r.a. melaporkan bahawa pada peristiwa Haji Widak, seorang wanita mengangkat seorang kanak-kanak kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, sambil bertanya, "Wahai Rasulallah, adakah baginya haji?".
Jawab baginda, "Ya, dan bagi kamu juga ada pahala".
Direkod oleh Muslim (no: 1336)
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com