Assalamualaikum,
Saya ingin tanya beberapa soalan berkaitan dengan Bayan yang saya dengar tadi.
1. Adakah Sunnah RasululLah SAW untuk duduk rapat-rapat dalam satu majlis agama/ilmu?
2. Adakah hadith sah dari Nabi SAW mengenai barangsiapa yang ada sifat kibir walau sebesar zarahpun, tidak dapat mencium bau syurga?
3. Adakah hadith sah mengenai seseorang akan mendapat sekurang-kurangnya 700,000 ribu bidadari dalam syurga nanti Insha AlLah?
4. Apakah maksud sebenar mengenai "berada di jalan AlLah"?
5. Adakah hadith sah mengenai, barangsiapa berada di jalan AlLah walau seketika, lebih baik dari dunia dan seisinya?
6. Adakah hadith sah mengenai, barangsiapa berasa di jalan AlLah walau sekeita, lebih baik daripada beribadah di malam Lailatul Qadr, di hadapan Hajarul Aswad?
7. Adakah riwayat sah mengenai sekumpulan sahabat (pada zaman Khalifah Umar RA) yang akan dimasak dalam minyak yang menggelegak, kemudian Amirnya menangis kerana dia tidak mempunyai nyawa sebanyak bilangan bulu romanya untuk mati dijalan AlLah, kemudian dibebaskan oleh Raja Kristian tersebut atas syarat mencium dahinya? Dan adakah Umar memerintahkan sahabat-sahabat lain mencium dahi Amir tersebut sekembalinya mereka di tempat mereka?
8. Adakah riwayat sah mengenai kerajaan Nabi Sulaiman AS yang sedang terbang, kemudian ada seorang berucap "SubhanalLah" lalu Nabi Sulaiman AS berkata, perkataan "SubhanalLah" itu akan kekal hingga hari Qiamat?
9. Apakah semua musibah itu kerana dosa kita? Adakah hadith sah mengenai itu?
10. Apakah sifat sabar itu hanya dapat dididik melalui usaha da'wah?
11. Apakah ada riwayat sah mengenai sahabat-sahabat yang tidak menang peperangan kerana tidak menggunakan miswak sebelum berwudhu' dan tidak merapatkan saf-saf solat mereka?
12. Apakah Nabi SAW berda'wah di Madinah dengan cara berjama'ah?
Jazak AlLahu Khoiran Kathiraa...
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Pertama, kami memohon kemaafan kerana terlewat menjawab soalan saudara, kerana soalan ini 12 dalam 1. Jadi memerlukan banyak masa untuk menjawabnya. Secara ringkas, adalah seperti berikut:
Dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim, ada menyebut tentang 3 orang datang kepada majlis ilmu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Orang pertama datang dan duduk di ruang kosong yang masih ada. Orang kedua duduk di bahagian belakang. Orang ketiga pergi meninggalkan majlis. Lalu Nabi memuji perbuatan orang pertama, dengan katanya: "Adapun salah seorang mereka, dia datang menuju kepada Allah, lalu Allah meletakkannya (dalam rahmatnya)...".
Lihat Sahih Bukhari (no: 66) dan Sahih Muslim (no: 2176)
- Hadis ini menunjukkan di dalam majlis ilmu, sebaik-baiknya ialah duduk di bahagian hadapan, dan mencari ruang kosong setakat mampu.
Dalam Sahih Muslim (no: 91):
áÇ íÏÎá ÇáÌäÉ ãä ßÇä Ýí ÞáÈå ãËÞÇá ÐÑÉ ãä ßÈÑ
Tidak berasas pendapat yang mengatakan sekurang-kurangnya seseorang akan mendapat bidadari seramai itu di dalam syurga.
Kerana dalam Hadis Sahih Bukhari (no: 3081) dan Sahih Muslim (no: 2834) ketika menyebut tentang kumpulan pertama masuk syurga, baginda menyatakan, "Setiap orang dari kalangan mereka mendapat dua isteri daripada bidadari-bidadari".
Maka yang diyakini ialah dua bidadari, manakala yang lebih daripada itu memerlukan dalil lain.
Ada dua maksud. Pertama: maksud umum, iaitu segala amalan kebaikan dari sudut agama adalah Fi Sabilillah. Dan maksud kedua: ialah khusus kepada peperangan di jalan Allah menentang kuffar.
Dalam Sahih Bukhari (no: 2639) dan Muslim (no: 1880):
áÛÏæÉ Ýí ÓÈíá Çááå Ãæ ÑæÍÉ ÎíÑ ãä ÇáÏäíÇ æãÇ ÝíåÇ
Matan hadis:
ãæÞÝ ÓÇÚÉ Ýí ÓÈíá Çááå ÎíÑ ãä ÞíÇã áíáÉ ÇáÞÏÑ ÚäÏ ÇáÍÌÑ ÇáÃÓæÏ
Direkod oleh Ibn Hibban (no: 4603), Baihaqi dalam Syuab al-Iman (no: 4286), Al-Dailami (no: 6524).
Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Sahihah (no: 1068).
http://abuumair1.wordpress.com
Dalam Al-Quran menyebut:
ãóÇ ÃóÕóÇÈóßó ãöäú ÍóÓóäóÉò Ýóãöäó Çááøóåö æóãóÇ ÃóÕóÇÈóßó ãöäú ÓóíøöÆóÉò Ýóãöäú äóÝúÓößó
Maksudnya: Apa-apa yang diperolehi olehmu daripada kebaikan, maka ia adalah daripada Allah. Dan apa-apa yang terkena kamu daripada keburukan, maka ia adalah disebabkan dirimu sendiri. (Al-Nisaa': 77)
Ulama menafsirkan, maksud 'disebabkan dirimu sendiri' ialah: disebabkan dosa kamu sendiri. Diriwayatkan tafsiran ini daripada Suddiy, Hasan, Ibn Juraij, Ibn Zaid, dan lain-lain. (Tafsir Ibn Katsir 2/363).
Tidak ada asal bagi hikayat ini.
Rujuk: -Al-Sunan Wal Mubtada'at al-Mutaalliqah bil Azkar wa al-Solawaat' (hlmn: 23).
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com