SJ-13-0500 : OGTR

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0500 : OGTR

salamualaikum wbt panel al ahkam.net;

saya ingin bertanya hukum menyelidik dalam Islam. Adakah dibenarkan untuk kita memanipulasi sesuatu bahan genetik dalam tumbuhan misalnya, atas tujuan pengkajian?

apakah hukum sesuatu tumbuhan yang telah dimanipulasikan genetiknya? adakah halal dimakan sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai genetik daripada tumbuhan atau mikroorganisma yang lain? bagaimana pula sekiranya genetik yang dimasukkan adalah binatang?

mohon pencerahan. jazakumullahu khair.

SJ-13-0500 : OGTR

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Kejuruteraan Genetik merupakan satu bidang yang digalakkan didalam Islam. Semua penyelidikan dan penemuan yang dapat mengurangkan atau menghilangkan kesengsaraan manusia (penyakit, wabak dsb) adalah dibenarkan dalam Islam. Islam membenarkan selama-mana ia tidak digunakan kepada perkara-perkara yang haram dan memudharatkan manusia. Disebabkan tujuan syariah menjaga ketulenan keturunan manusia, maka mengklon manusia tidak dibenarkan.

Didalam kitab Majma' alFiqh al-Islamiyah (ms216) menyebut bahawa adalah dibenarkan didalam Islam menggunakan teknologi mengklon dan kejuruteraan genetik didalam kes-kes kuman dan makhluk mikroskopik, tanam-tanaman dan binatang didalam had dan panduan syariah, dan matlamatnya hendaklah kepentingan awam dan menghilangkan kemudharatan.

Begitu juga dengan keputusan Akademi Fiqh Islami didalam keputusannya pada sesi yang ke 11 (31 Oktober, 1998) menjelaskan bahawa - tidak menjadi satu kesalahan memunafaatkan kebaikkan kejuruteraan genetik, alat-alatnya didalam bidang pertanian, pembiakan binatang didalam keadaan yang selamat, serta menjaga keselamatan alam sekitar dari apa-apa kemudharatan.

Jika tanaman dan binatang tersebut dibenarkan didalam skop syariah, maka ianya halal dimunafaat dan dijadikan sebagai makanan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين