SJ-13-0534 : hukum keluar masjid selepas adzan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0534 : hukum keluar masjid selepas adzan

:salam

Saya ada kemusykilan yang ingin diajukan kepada pihak AAN. Baru-baru ini saya dan sahabat saya telah pergi ke kuliah maghrib yang diadakan di surau berdekatan. Surau tersebut terletak di hadapan dan dalam kawasan asrama lelaki. Pada masa itu, hanya 2 orang muslimat yang hadir, iaitu saya dan sahabat saya.

Kuliah maghrib tersebut berlarutan hingga melepasi azan isya’ . Setelah kuliah maghrib di surau tersebut selesai, imam pun terus mendirikan solat isya’ . Sewaktu muslimin sedang melaksanakan solat isya’ berjamaah, kami berdua terus keluar untuk pulang dan ingin melaksanakan solat isya’ di bilik kami.

Tujuan dan niat kami pulang pada saat solat isya’ sedang dilaksanakan adalah untuk mengelakkan fitnah kerana dikhuatiri saat muslimin sudah menyelesaikan solat isya’, mereka akan keluar dari surau dan kami tidak mahu kehadiran kami di situ diketahui dan pergerakan kami dilihat mereka.

Kemusykilan saya di sini adalah apabila terdapat beberapa hadits tentang larangan keluar dari masjid setelah adzan, seperti hadits yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seseorang mendengar adzan di masjidku ini, kemudian ia keluar tanpa ada keperluan lalu ia tidak kembali lagi, kecuali orang munafiq.” (HR. ath-Thabrani dalam al-Ausath, no.3842)

Adakah keperluan yang dimaksudkan dalam hadits tersebut hanya untuk suatu alasan yang telah ditetapkan seperti belum berwudhu atau kerana suatu perkara yang tidak boleh ditinggalkan?

Bagaimana pula dengan alasan kami untuk mengelakkan fitnah dan tidak mahu dilihat muslimin? Adakah ia merupakan suatu keperluan juga?
Mohon pencerahan dari panel AAN ..

:wassalam

SJ-13-0534 : hukum keluar masjid selepas adzan

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Sebenarnya hukum keluar masjid selepas azan ini adalah khilaf dikalangan ulama berdasarkan hadis di atas sebagaimana berikut :

Jumhur Ulama mengatakan hukumnya adalah makruh.Ini dinukilkan oleh sebahagian besar ulama dalam kitab-kitab mereka seperti :
Al-‘Inayah Syarh al-Hiidayah (1/474) , Tuhfatul Muhtaj (1/483) , Al-Mughni Ibnu Qudamah (2/91)

Pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa hukum keluar daripada masjid selepas/ketika azan adalah haram kecuali jika terdapat alasan / uzur serta berniat untuk kembali semula ke masjid bagi menunaikan solat.Ini adalah pendapat Mazhab Hanbali dan merupakan juga pendapat dipilih dan dipegang oleh al-Imam As- Syaukani.(Hasyiah Ibn Qasim ‘ala al-Raudhi al-Murabba’ : 1/459 , Al-Insof : 3/112)

Diantara keuzuran yang dibenarkan oleh syara’ untuk keluar dari masjid ketika /selepas azan dikumandangkan sebagaimana yang disebutkan oleh Asy-Syaikh Dr. Sabri Abd Rauf , Pensyarah Feqh Perbandingan , Universiti al-Azhar Al-Syarif , adalah seperti :

1) Mengambil / memperbaharui wudhuk.
2) Bimbang akan terlepas bas atau keretapi dalam musafir.
3) Bimbang akan fitnah.
4) Melaksanakan suatu maslahah umum atau keperluan.

Walaubagaimana pun dalam masalah saudari ini , sekiranya surau tersebut memang dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja , maka kehadiran saudari di surau tersebut sudah tentu akan mengundang fitnah.Dalam keadaan demikian bolehlah saudari keluar dari masjid dan menunaikan solat Isyak di bilik saudari sebagai menghindarkan diri dari fitnah.

Tetapi jika surau tersebut adalah surau umum yang memang dikhaskan oleh pihak pengurusan untuk pelajar lelaki dan perempuan, maka bagi kami tidak timbul soal fitnah dan sebagainya walaupun muslimat yang hadir ketika itu hanyalah saudari dan sahabat saudari sahaja.Seeloknya dalam keadaan sedemikian hendaklah saudari dan sahabat meneruskan solat Isyak secara berjemaah mengikut Imam dan balik / keluar dari surau tersebut sejurus selepas imam memberi salam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com