SJ-13-0565 : Mengapa Lelaki Diharam Pakai Emas?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0565 : Mengapa Lelaki Diharam Pakai Emas?

assalamualaikum..

bkn sy nk mempersoalkan hukum Islam..
tp ade rakan non muslim tanyakan kpd sy.."kenapa lelaki tak boleh pakai emas?"
sy tidak dapat menjawab soalannya melainkan "thats what my prophet told us to" yg poped up kat kepala sy..

mohon kalau ada penjelasan lanjut tentang perkara ni.

terima kasih
wassalamualaikum WBT.

Re: Mengapa Lelaki Diharam Pakai Emas?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

Emas dilihat sebagai perhiasan antara yang paling mewah dan mahal. Ia adalah lambang perhiasan yang sejati. Sedangkan kaum lelaki bukanlah kaum yang perlu kepada perhiasan-perhiasan seperti ini untuk menunjukkan kesempurnaannya.

Berbeza dengan wanita, yang tabiatnya adalah sebagai perhiasan dan memerlukan kepada aksesori tambahan untuk menambahkan lagi kecantikan dan keanggunan.

Kesimpulan, lelaki bukanlah tempatnya untuk dipakaikan perlbagai jenis hiasan. Apatah lagi emas adalah hiasan yang paling tinggi. Ia hanya sesuai dengan kaum wanita sahaja.

Wallahu A'lam.