:salam
Ada kawan bagi baju batik, tapi tak tau daripada sutera ke bukan.
1) Perlu ke tanya orang tu. Karang kecik hati pulak
2) Apa asal usul sutera?
Kalo ikut sini:
http://albakaky.tripod.com/agama/index.blog/1437116/hukum-memakai-sutera-ketika-sembahyang/
Ada pulak website yang macam kurang saintifik, bagitau sutera = "najis ulat".. takkan najis keluar ikut mulut ulat sutera.. - http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankemusykilanagama.htm
:salam
Asas yang perlu diketahui ialah , memakai kain atau pakaian yang dibuat dari sutera bagi lelaki adalah haram hukumnya , sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat Ali bin Abi Talib r.a :
إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
"Sesungguhnya Nabi Saw mengambil sutera lalu meletakkannya pada tangan kanannya dan mengambil emas lalu meletakkannya di tangan kirinya kemudian bersabda : Dua benda ini adalah haram ke atas kaum lelaki dari kalangan umatku"
(HR Abu Daud : 3535 , An-Nasaie : 5053 )
Maka , apa yang perlu dilakukan oleh saudara ialah dengan memastikan dahulu adakah pakaian yang dihadiahkan itu adalah sutera atau bukan.Ini kerana dalam maslaah hukum lebih-lebih lagi yang melibatkan halal dan haramnya sesuatu perkara itu , mestilah dipastikan dahulu adakah ianya suatu yang diharamkan atau sesuatu yang diharuskan.Tidak timbul soal kecil hati atau sebagainya.
Sungguh pun begitu , ada cara lain untuk memastikan adakah ianya sutera asli , sutera tiruan ataupun bukan sutera...Iaitu dengan cara mengetahui harga pakaian tersebut.Ini kerana harga pakaian yang dibuat oleh sutera asli kebiasaannya adalah lebih mahal daripada sutera tiruan ataupun baju batik biasa .
Bagi persoalan asal usul sutera pula , setakat pengetahuan kami , ianya berasal daripada sejenis ulat yang dipanggil ulat sutera.Ada yang mengatakan ianya adalah dari benang sutera yang terhasil selepas 4 kali ulat sutera tersebut bersalin kulit , ada juga yang mengatakan ianya adalah terhasil dari air liur ulat sutera dan ada juga yang mengatakan ianya dari kepompong ulat sutera dan sebagainya.Perkara ini tidak dapatlah dipastikan oleh kami dengan suatu fakta yang tepat.
Wa Allahu A'alam.
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com