SJ-14-0023 : Tujuh berulang dalam al-Quran

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0023 : Tujuh berulang dalam al-Quran

:salam

Al Hijr,

15:87. Kami memberikan kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.

Kalau ikut terjemahan al-Quran versi Indonesia, maksudnya surah al-Fatihah yang berulang2 dibaca sewaktu solat.

Kalau ikut group antihadith,maknanya kisah Nabi-nabi Nuh,Ibrahim,Musa (ada tujuh Nabi) sebagai kisah yang selalu diulang-ulang sebagai peringatan.

Adakah kita boleh menerima tafsiran yang kedua-sebab memang betul.

Sebab kalau grup antihadith terima tafsiran pertama-dia kena menerima tatacara "solat ritual" yang ASWJ dan juga Syiah(baca fatihah ke) lakukan.

:wassalam

SJ-14-0023 : Tujuh berulang dalam al-Quran

Tafsiran antihadith itu null and void sebab mereka tak ada autoriti mentafsir al-Qur:an. Cuba lihat peringatan sifoo zain di bawah tajuk jangan mentafsir AQ sesuka hati dan antihadith termasuk golongan tsb. Tafsiran yang betul mesti datang dari mufassir yang berautoriti sahaja dari kalangan ASWJ dan seboleh-boilehnya hendaklah tafsir bil makthur (tafsiran salaf)

SJ-14-0023 : Tujuh berulang dalam al-Quran

Assalamu'alaikum

Firman Allah swt : hijr 15:87

æóáóÞóÏú ÂÊóíúäóÇßó ÓóÈúÚðÇ ãöäó ÇáúãóËóÇäöí æóÇáúÞõÑúÂäó ÇáúÚóÙöíãó
dir="ltr">"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya." [Surah al-Hijr : 87]

Tafsir Ibn Kathir (Tafsir al-Quran al-Azim) mengenai 7 mathaani :

Pandangan pertama : '

(a )Ibn Mas'ud. Ibn Umar, Ibn Abbas, Mujahid, Saed bin Jubayr, AdDahhak dan lain mengatakan bahwa ini merujuk kepada 7 surah yang panjang ; al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', Al-Ma'idah, Al-'Anam, al-'Araf dan Yunus.

(b) atau al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau Baraa'ah (At-Taubah).

Pandangan kedua : Ia merujuk kepada surah al-Fatihah, yang terdiri dari 7 ayat. Diriwayatkan dar Ali, Umar, Ibn Mas'ud dan Ibn Abbas berkata :

æóÇáúÈóÓúãóáóÉ åöíó ÇáúÂíóÉ ÇáÓøóÇÈöÚóÉ æóÞóÏú ÎóÕøóßõãú Çááøóå ÈöåóÇ .
dir="ltr">"Bismillah mempunyai 7 ayat dan Allah telah memberi secara ekslusif kepada kamu"

Dan hadith Abu Hurairah ra :-

Ãõãøõ ÇáúÞõÑúÂäö åöíó ÇáÓøóÈúÚõ ÇáúãóËóÇäöí æóÇáúÞõÑúÂäõ ÇáúÚóÙöíã
dir="ltr">"Umm al-Quran ialah 7 mathaani, dan al-Quran al-Azim"

Ibn Kathir mengatakan bahawa al-Fatihah ialah 7 Mathani dan juga al-Quran yang agung, dan ia tidak bercanggah dengan kenyataan 7 Mathaani adalah 7 ayat panjang, kerana ia juga berkongsi sifat-sifat ini.

Tafsir Jalalain juga merujuk bahawa 7 mathaani bermaksud 'al-fatihah' sebagaimana hadith Nabi :saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Tafsir Qurthubi juga merujuk kepada khilaf 2 pandangan mengenai 7 Mathaani, iaitu surah al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat dan 7 surah yang panjang (al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau At-Taubah)

Demikian sedikit info ringkasan tafsiran '7 mathaani' menurut 3 buku tafsir yang mukatabar

Sekian

خيرالأمين