Salam,
Boleh jelaskan adakah terdapat hadis-hadis shahih berhubung kenyataan khasiat surah seperti dibawah?
Sekiranya tiada sumber shahih dari manakah sumber sebegini mereka perolehi sebab kenyataan begini amat popular dalam email?
Bolehkah kita beramal dengannya?
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan
bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan
indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu
dan
lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana
diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi
iaitu
anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan
doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,
Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar
yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan
Allah
s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t .
akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi.
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
kebanyakan ulama memilih bahawa: Surah ini diturunkan di Madinah selepas Hijrah. dan inilah pendapat yg sahih, disokong oleh satu hadis sahih dalam Muslim, yg menceritakan turunnya surah ini, iaitu:
dari Anas bin Malik, katanya: Ketika Nabi SAW bersama-sama kami di masjid, tiba-tiba baginda terlelap seketika, kemudin baginda mendongak kepalanya ke atas sambil tersenyum.
Sahabat bertanya: "Apakah yang menggembirakan kamu?"
Sabdanya: "Diturunkan ka atasku sekejap tadi satu surah" Lalu baginda membaca surah al-Kauthar.
kata Ibn Kathir: Ramai ulama telah berdalilkan hadis ini mengatakan surah al-Kauthar diturunkan di Madinah.
manakala berkenaan sifat2 kolam tersebut, sabit dalam beberapa hadis sahih berkaitan dengannya.
ciri-ciri ini juga disebut dalam beberapa hadis dan athar para sahabat.
Terdapat keganjilan dengan kenyataan ini, kerana: kematian Abu Talib berlaku di Mekah, lebih kurang 3 tahun sebelum hijrah. manakala surah al-Kauthar diturunkan di Madinah.
-khasiat2 dan fadhilat yg disebut (1 hingga 7) tidak didapati dalam kitab-kitab tafsir muktabar.
-Dalam kitab tafsir yg banyak menyebut hadis2 palsu berkenaan fadhilat surah al-Quran seperti al-Kasyyaf (Zamakhsyari) juga tiada menyebut fadhilat2 di atas.
Wallahu a'lam.
http://abuumair1.wordpress.com