SJ-14-0095 : Maksud al-bayan.

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0095 : Maksud al-bayan.

Assalamualaikum wbt. Mengapakah di dalam ayat kelima surah Ar-Rahman diterjemahkan al-bayan sebagai berkata-kata/berbicara sedangkan jika dilihat di dalam kamus bermaksud penjelasan, penerangan? Mohon berkongsi ilmu.

SJ-14-0095 : Maksud al-bayan.

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Ayat-ayat Quran mestilah difahami sebagaimana para salaf memahaminya, iaitu dgn merujuk kpd tafsiran mereka yg muktabar. Kaedah usul tafsir menyebut: 'tafsiran para salaf mestilah dihukum dengannya bukan dihukum ke atasnya'.

2- Berkaitan tafsiran 'al-Bayan', pendapat masyhur ialah sebagaimana yang anda sebutkan iaitu: pertuturan/percakapan. Ia bertepatan dengan makna al-Bayan dalam ilmu bahasa Arab.
-Al-Jauhari berkata: Al-Bayan: kefasihan
-Al-Jarjani berkata: Al-Bayan ialah: seseorang yang bertutur menyerlahkan kehendaknya kepada pendengar.
Oleh itu, tafsiran salaf bertepatan dengan bahasa Arab.

3- Ada juga tafsiran lain, antaranya: bayan ialah: halal dan haram. Jadi maksud 'Allamahul Bayan' ialah mengajarkannya halal dan haram. Tetapi yg ditarjihkan oleh Ibn Kathir ialah: pertuturan. Manakala Tabari pula mentarjihkan makna yg lebih umum, iaitu: Bayan ialah segala yg diperlukan oleh insan dalam kehidupan dunia dan agamanya, seperti halal dan haram, kehidupan, pertuturan dan lain-lain.

Rujukan:
-Tafsir Tabari 22/8
-Tafsir Ibn Kathir 7/489
-Al-Sihah oleh Jauhari 5/1682
-Al-Ta'rifaat m/s 38

SJ-14-0095 : Maksud al-bayan.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Tak perasan Ustaz Umair dah jawab soalan ini. :P Saya tambah sikit sahaja. Merujuk kepada surah al-Rahman (terjemahan Bahasa Melayu, Kerajaan Arab Saudi) :-

Úóáøóãóåõ ÇáúÈóíóÇäó
"Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. " [Surah al-Rahman : 4]

Menurut Ibn Kathir rh, maksud ayat tersebut adalah : "Hasan berkata : Ia adalah sebaik-baik perkataan. Ia merujuk kepada Allah swt (al-Rahman) mengajar al-Quran, iaitu mengajar hamba-hambanya bagaimana membaca dan menjadikan mudah untuk mereka bertutur dan menyebut huruf-huruf dari pelbagai tempat dibahagian mulut, seperti dihalkum, lidah dan bibir." [Tafsir al-Quran al-Azhim, 4/327].

Maksud BAYAN menurut Ibn Kathir didalam konteks ayat ini secara umum adalah Allah swt mengajar manusia "kepandaian berbicara", yakni kepandaian membaca dan menyebut ayat-ayat al-Quran dengan cara yang betul. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين