SJ-14-0148 : SURAH ASH-SHAAFFAAT (Mengundi Nasib)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0148 : SURAH ASH-SHAAFFAAT (Mengundi Nasib)

Salam,

Boleh bantu tafsirkan ayat berikut;

ASH-SHAAFFAAT:141(maksudnya);
" kemudian ia ikut berundi*lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian".

*Undian itu diadakan kerana muatan kapal itu sangat penuh.Kalau tidak mungkin akan tenggelam.Oleh sebab itu diadakan undian.Siapa yang kalah dalam undian itu dilemparkan ke laut.Yunus a.s termasuk orang-orang yang kalah dalam undian tersebut sehingga ia dilemparkan ke laut.

Dari apa yang saya faham mengenai ayat ini proses mengundi dilakukan untuk menentukan nasib seseorang samada perlu dilemparkan ke laut atau pun tidak..

Jadi soalan saya;

1- Adakah dibolehkan mengundi nasib pada zaman nabi Yunus a.s?

2- Sekiranya proses seperti di atas dilakukan di zaman kita ini adakah kita dikira berdosa sebab ada larangan untuk mengundi nasib oleh baginda nabi saw?

3- Dalam keadaan darurat seperti situasi nabi Yunus diatas adakah dibolehkan untuk kita melakukan undian nasib pada zaman setelah jelas larangan nabi muhamad saw?

4- Saya ada mencuba untuk bertanya di al-qayyim.net tapi tak temu kat mana nak klik untuk bertanyakan soalan,sebab dinyatakan disitu dibolehkan bertanya tanpa mendaftar?Boleh sesiapa yang tahu bantu saya?

Jazakallahu khairan

SJ-14-0148 : SURAH ASH-SHAAFFAAT (Mengundi Nasib)

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Perlu dibezakan antara dua istilah, iaitu QUR'AH ÇáÞÑÚÉ dan IYAFAH ÇáÚíÇÝÉ

óQur'ah ialah membuat undian untuk menentukan siapakah yang terpilih dalam satu-satu perkara yang diundi itu. Contohnya, Nabi SAW akan membuat undian siapakah salah seorang isterinya yang akan keluar bersama ketika musafir. Begitu juga dibuat undian siapakah yang akan terpilih untuk memelihara Maryam a.s ketika kecilnya, lalu terkeluar undian kepada Nabi Zakaria a.s.
Undian seperti ini ada asas daripada sunnah, dan diakui syarak.

IYAFAH pula ialah menentukan nasib dengan cara membuat undian sebelum melakukan sesuatu urusan. Contohnya, seseorang mahu keluar musafir, dia menulis pada dua keping kad 'YA' dan 'TIDAK", kemudian mengundinya. Jika keluar kad 'YA' maka dia akan meneruskan hajatnya, Jika keluar kad 'TIDAK' dia akan membatalkan niatnya. Amalan seumpama inilah yang dikatakan maengundi nasib yang dicela syarak.

Setelah dibezakan antara dua jenis undian ini, maka jelas kes Nabi Yunus a.s. adalah termasuk undian yang pertama (Qur'ah). Yang menyebabkan harusnya dibuat undian itu kerana dasar 'irtikab akhaff dararain' iaitu membuat suatu yang paling kurang mudaratnya. Jika tidak dibuat undian untuk membuang seorang penumpang, mereka semua akan tenggelam.

Wallahu A'lam.